Lihat transkrip podcast pada iPad
Dalam app Podcast, anda boleh melihat dan mencari transkrip episod.
Pergi ke app Podcast
pada iPad anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Semasa memainkan episod: Ketik
. (Anda mungkin perlu mengetik pemain di bahagian bawah skrin untuk membuka Kini Dimainkan.)
Semasa melihat maklumat episod: Skrol ke bawah ke bahagian Transkrip. Anda juga boleh mengetik
, kemudian ketik Lihat Transkrip.
Daripada Seterusnya: Ketik
, kemudian ketik Lihat Transkrip.
Anda boleh membaca bersama dengan episod semasa anda memainkannya. Ketik perenggan untuk melompat ke kedudukan tersebut dalam episod. Ketik untuk mencari perkataan atau frasa khusus.
Nota: Ketersediaan transkrip mungkin berbeza mengikut bahasa dan mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ikuti dan main rancangan dalam Apple Podcasts pada iPhone dan iPad.