Dapatkan arah berjalan dalam Peta pada iPad
Anda boleh mendapatkan arah berjalan terperinci ke destinasi anda. Anda boleh mempratonton ketinggian untuk jalan anda dan memilih laluan yang terbaik untuk mengelakkan bukit, tangga dan jalan sibuk.
Nota: Ciri untuk model Wi-Fi + Cellular memerlukan pelan data selular dan Data Selular diaktifkan dalam Seting > App > Peta.

Dapatkan arah berjalan
Pergi ke app Peta
pada iPad anda.
Sentuh dan tahan di mana-mana pada peta atau masukkan alamat dalam medan carian, kemudian Ketik Arah atau
.
Ketik Pergi atau Langkah untuk laluan yang anda mahu ambil.
Siri: Anda juga boleh menyebut sesuatu seperti: “Berikan saya arah berjalan ke rumah.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Untuk ribuan denai dalam taman merentas A.S., anda boleh mengetahui panjangnya, pratonton maklumat ketinggian, melihat foto dan banyak lagi. Lihat Layari dan simpan kembara.
Elakkan bukit, jalan sibuk atau tangga
Pergi ke app Peta
pada iPad anda.
Ketik Elakkan (di bawah destinasi), pilih pilihan anda, kemudian ketik Gunakan.
Nota: Arah dituturkan pusingan demi pusingan pada model Wi-Fi + Cellular tersedia di negara dan rantau terpilih. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.