Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada iPad
Anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka dengan mengikuti langkah dalam Sediakan Masa Skrin pada iPad, atau jika mereka berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga yang anda merupakan pengelola, anda boleh menyediakan Masa Skrin untuk mereka menerusi Perkongsian Keluarga pada peranti anda.
Jika anda ialah pengelola (atau ibu bapa atau penjaga) kumpulan Perkongsian Keluarga, semasa anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda masukkan nama dan tarikh lahir kanak-kanak. Tarikh lahir kanak-kanak digunakan untuk mengesetkan sekatan kandungan dicadangkan yang menentukan kandungan yang mereka boleh akses. Anda boleh melaraskan sekatan kandungan ini kemudian dengan pergi ke Seting > Keluarga > [nama kanak-kanak] > Masa Skrin > Kawalan Ibu Bapa pada peranti anda dan menyeret gelangsar umur.
Anda juga boleh menyediakan sekatan kandungan, had komunikasi dan masa henti secara manual dalam Seting > Masa Skrin pada peranti kanak-kanak.
Untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, Keselamatan Komunikasi dan Jarak Skrin diaktifkan secara lalai. Penapis Kandungan Web disetkan secara lalai kepada Hadkan Tapak Web Dewasa untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. (Umur ini berbeza mengikut negara atau rantau.)
Sediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga
Pada peranti anda, pergi ke Seting
> Masa Skrin.
Skrol ke bawah dan pilih ahli keluarga di bawah Keluarga.
Untuk menjadualkan masa henti bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Jadualkan waktu rehat daripada skrin.
Jika anak anda meminta lebih masa skrin, anda boleh meluluskan atau menolak permintaan dalam Seting > Masa Skrin atau dalam Mesej.
Untuk mengesetkan had penggunaan app bagi ahli keluarga anda, ikuti arahan dalam Setkan had untuk penggunaan app.
Untuk memilih app dan kenalan bagi membenarkan ahli keluarga anda menggunakan sepanjang masa Pilih app dan kenalan untuk dibenarkan sepanjang masa.
Nota: Jika ahli keluarga anda memerlukan app kesihatan atau kebolehcapaian, pastikan ianya dibenarkan dalam senarai App Dibenarkan. Jika Mesej tidak sentiasa dibenarkan, ahli keluarga anda mungkin tidak dapat menghantar atau menerima mesej (termasuk untuk nombor dan kenalan kecemasan) semasa masa henti atau selepas had app telah luput.
Untuk membantu mengurangkan risiko miopia atau keletihan mata ahli keluarga anda, aktifkan Jarak Skrin.
Anda juga boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk ahli keluarga:
Semak kandungan bogel pada iPad ahli keluarga
Anda boleh menjadikan iPad ahli keluarga anda mengesan kebogelan dalam imej sebelum ia dihantar atau diterima dalam Mesej, AirDrop, Poster Kenalan, mesej FaceTime, app Foto dan app pihak ketiga yang menggunakan rangka kerja Keselamatan Komunikasi Apple. Jika kebogelan dikesan dalam imej, imej dikaburkan dan sumber disediakan untuk membantu anak anda mengendalikan situasi (tidak tersedia di semua negara atau rantau). Ciri ini tidak memberikan Apple akses kepada foto. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Keselamatan Komunikasi pada peranti Apple anak anda.
Nota: Untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, Keselamatan Komunikasi diaktifkan secara lalai.
Pada peranti anda, pergi ke Seting
> Masa Skrin.
Skrol ke bawah dan ketik nama ahli keluarga anda.
Ketik Keselamatan Komunikasi, kemudian aktifkan Keselamatan Komunikasi.
Anda mungkin perlu memasukkan kod laluan Masa Skrin.
Nota: Apabila anda mengaktifkan Keselamatan Komunikasi, ia mengaktifkan Amaran Kandungan Sensitif dalam Seting > Privasi & Keselamatan. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif pada iPad.
Sekat kandungan dewasa pada peranti ahli keluarga
Apabila anda menyediakan akaun kanak-kanak, anda memasukkan tarikh lahir kanak-kanak selepas mengetik Cipta Akaun Kanak-kanak. Umur kanak-kanak menentukan kandungan yang mereka boleh akses secara automatik. Anda boleh membantu memastikan yang kandungan pada peranti ahli keluarga anda sesuai dengan umur dengan mengehadkan penilaian eksplisit dalam Kandungan & Privasi secara manual.
Pada peranti ahli keluarga anda, pergi ke Seting
> Masa Skrin.
Ketik Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.
Pilih pilihan kandungan dan privasi khusus.
Untuk melindungi pendengaran ahli keluarga anda, skrol ke bawah, ketik Kurangkan Audio Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan. (Ini menghalang perubahan kepada kelantangan fon kepala maksimum.) Lihat Kurangkan bunyi fon kepala kuat dalam Seting.
Untuk mengehadkan akses ke app atau ciri tertentu, pergi ke Seting > Masa Skrin > Kandungan & Privasi > App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan akses. Untuk membenarkan akses, aktifkannya.
Ketik
di bahagian kiri atas.
Tambah atau tukar seting Masa Skrin untuk ahli keluarga kemudian
Untuk menambah atau menukar seting Masa Skrin kemudian, ikut langkah yang diterangkan dalam bahagian di atas.
Penting: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti mereka (bukan menerusi Perkongsian Keluarga) dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh menggunakan Akaun Apple anda untuk meresetnya. Namun, jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga pada peranti anda menerusi Perkongsian Keluarga dan anda terlupa kod laluan Masa Skrin, anda boleh meresetnya pada peranti anda menggunakan kod laluan, Touch ID, atau Face ID peranti anda.