Gunakan perintah Kawalan Suara untuk berinteraksi dengan iPad
Selepas anda mengaktifkan Kawalan Suara pada iPad, anda boleh menyebut perintah untuk berinteraksi dengan perkara pada skrin, melakukan gerak isyarat dan tekan butang, merencana dan mengedit teks serta banyak lagi.
Nota: Apabila Kawalan Suara diaktifkan, anda menggunakan Kawalan Suara untuk merencana teks; Perencanaan iPadOS standard tidak tersedia. Jika anda hanya mahu masukkan teks menggunakan Perencanaan tanpa mengawal iPad anda dengan suara anda, lihat Rencanakan teks. Kawalan Suara tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.
Sediakan Kawalan Suara
Sebelum anda mengaktifkan Kawalan Suara untuk kali pertama, pastikan iPad disambungkan ke internet melalui rangkaian Wi-Fi. Selepas iPad menyelesaikan muat turun fail sekali daripada Apple, anda tidak memerlukan sambungan internet untuk menggunakan Kawalan Suara.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Kawalan Suara.
Ketik Sediakan Kawalan Suara, kemudian ketik Teruskan untuk memulakan muat turun fail.
Apabila muat turun selesai,
Kelihatan dalam bar status untuk menandakan yang Kawalan Suara diaktifkan.
Setkan pilihan seperti yang berikut:
Bahasa: Setkan bahasa dan muat turun bahasa untuk kegunaan luar talian.
Sesuaikan Perintah: Lihat perintah tersedia dan cipta perintah baharu.
Kosa Kata: Ajar Kawalan Suara untuk mengecam perkataan dan frasa baharu. Anda boleh memasukkan perkataan atau frasa dan mengajar Kawalan Suara cara anda menyebutnya atau import senarai kosa kata.
Nota: Bukan semua bahasa Kawalan Suara meyokong kosa kata tersuai.
Tunjukkan Pengesahan: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, pengesahan visual kelihatan di bahagian atas skrin.
Mainkan Bunyi: Apabila Kawalan Suara mengenali perintah, bunyi boleh didengari dimainkan.
Tunjukkan Pembayang: Lihat cadangan perintah dan pembayang.
Tindihan: Paparkan nombor, nama, atau grid di atas unsur skrin.
Kesedaran Perhatian: Pada iPad dengan Face ID, Kawalan Suara bangun apabila anda melihat iPad anda dan tidur apabila anda melihat ke arah lain.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara
Selepas anda menyediakan Kawalan Suara, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat dengan melakukan mana-mana yang berikut:
Gunakan Pusat Kawalan jika anda telah menambahnya di sana.
Gunakan Pintasan Kebolehcapaian jika anda telah menyediakannya.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan Kawalan Suara” atau “Nyahaktifkan Kawalan Suara”. Ketahui cara menggunakan Siri.
Mula gunakan perintah
Untuk menggunakan Kawalan Suara pada iPad anda, hanya sebut perintah.
Kawalan Suara: Sebut, sebagai contoh, “Buka Pusat Kawalan”, “Pergi rumah”, “Ketik nama item,” atau “Tingkatkan kelantangan”.
Petua: Gunakan Tutorial Kawalan Suara interaktif untuk menyesuaikan diri dengan Kawalan Suara dan berlatih perintah penting. Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara, kemudian ketik Buka Tutorial Kawalan Suara.
Jeda atau teruskan Kawalan Suara
Jeda Kawalan Suara apabila anda tidak mahu perkataan yang anda sebut ditafsirkan sebagai perintah atau perencanaan. Teruskan Kawalan Suara apabila anda sedia untuknya mendengar perintah dan perencanaan semula.
Kawalan Suara: Sebut “Berhenti mendengar” atau “Mula mendengar”.
Lihat perintah yang anda boleh gunakan
Paparkan senarai perintah tersedia yang berbeza bergantung pada app yang anda gunakan dan perkara yang anda lakukan. Contohnua, anda melihat perintah pemformatan teks semasa melihat dokumen.
Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan perintah”.
Untuk melayari senarai penuh perintah disokong dan melihat contoh cara menggunakannya, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suara > Perintah.
Label item atas skrin
Apabila anda tidak pasti untuk memanggil sesuatu, anda boleh memaparkan nama atau nombor bersebelahan setiap item pada skrin. Kemudian, anda boleh menggunakan nama atau nombor item untuk berinteraksi dengannya.
Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan nama” atau “Tunjukkan nombor”.
Untuk berinteraksi dengan item, sebut nama atau nombornya, atau sebut perintah—seperti “Tekan lama”—diikuti dengan nama atau nombor item. Nama atau nombor item hilang selepas anda menyebut perintah.
Tunjukkan grid bernombor pada skrin
Anda boleh menjadikannya lebih mudah untuk berinteraksi dengan kawasan skrin lebih tepat dengan menindih grid.
Kawalan Suara: Sebut “Tunjukkan grid”.
Berinteraksi dengan lokasi pada grid: Jika nombor berada di lokasi yang anda mahu berinterkasi, sebut sebarang perintah—seperti “Ketik”—diikuti dengan nombor grid. Grid hilang selepas anda menyebut perintah.
Periksa pada kawasan grid: Jika anda perlu lebih memperhalusi lokasi, sebut nombor grid untuk menunjukkan grid lebih terperinci dalam kawasan itu.
Sebut “Sembunyikan nama”, “Sembunyikan nombor” atau “Sembunyikan grid” untuk menyahaktifkan tindihan.
Masukkan teks
Apabila bekerja dalam kawasan input teks, anda boleh merencanakan perkataan demi perkataan (dalam mod Perencanaan) atau aksara demi aksari (dengan mod Ejaan). Untuk mengelakkan kesilapan memasukkan perintah Kawalan Suara sebagai teks, buatkan Kawalan Suara bertindak balas hanya kepada perintah (dengan mod Perintah).
Apabila anda berada dalam kawasan input teks dan label item atas skrin dengan nombor, nombor ditunjukkan bersebelahan setiap baris teks. Pilih baris atau bahagian lain teks untuk memaparkan nombor bagi setiap perkataan dalam pilihan; pilih perkataan tunggal untuk menunjukkan nombor bagi setiak aksara dalam perkataan. Untuk berinteraksi dengan item teks (seperti baris atau perkataan), sebut perintah diikuti dengan nama atau nombor item. Contohnya, anda boleh menyebut “Padam [nombor item]” atau “Huruf besar [nombor item].”
Perintah | Perihalan |
---|---|
| Rencana perkataan demi perkataan. Sebarang perkataan yang anda sebutkan yang bukan perintah Kawalan Suara dimasukkan sebagai teks. Mod perencanaan diaktifkan secara lalai. Dalam sesetengah bahasa Kawalan Suara, jika beberapa perkataan sepadan secara fonetik dengan perkara yang anda sebutkan, ia kelihatan atas skrin. Ketik untuk memilih perkataan yang anda mahu. |
| Rencana aksara demi aksara. Mod ejaan membantu apabila anda perlu memasukkan kata laluan, alamat web atau jujukan aksara lain yang tidak akan dicam sebagai perkataan dalam mod Perencanaan. Apabila mod Ejaan aktif, Untuk meningkatkan ketepatan apabila memasukkan huruf, anda boleh menggunakan kod perkataan abjad fonetik huruf (contohnya, sebut “Alfa Bravo Charlie” untuk memasukkan “abc”). Nota: Mod ejaan tidak tersedia dalam semua bahasa Kawalan Suara. |
| Kawalan Suara bertindak balas hanya kepada perintah. Perkataan dan aksara yang bukan perintah diabaikan dan tidak dimasukkan sebagai teks. Mod Perintah berguna apabila anda perlu menyebutkan siri perintah dan mahu mengelakkan perkataan yang anda sebutkan daripada dimasukkan dalam kawasan input teks secara tidak sengaja. Apabila mod Perinta aktif, |