Laraskan seting untuk butang atas atau Utama.
Anda boleh melaraskan seting kebolehcapaian untuk butang Utama (pada iPad yang mempunyainya) atau butang atas (pada model iPad lain).
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > kemudian ketik Butang Utama (pada iPad dengan butang Utama) atau Butang Atas (pada model iPad lain).
Setkan mana-mana yang berikut:
Kelajuan Klik: Pilih kelajuan yang diperlukan untuk mendwiklik atau klik tiga kali butang—Lalai, Perlahan, atau Paling Perlahan.
Tekan dan Tahan untuk Bercakap: Pilih sama ada Siri bertindak balas apabila anda menekan dan menahan butang.
Letak Jari untuk Buka: Pada iPad dengan Touch ID, anda boleh membuka kunci dan membuka iPad dengan meletakkan jari anda pada Touch ID.
Pada iPad dengan Face ID, anda juga boleh menggunakan AssistiveTouch atau menggunakan Kawalan Suis untuk mengesahkan bayaran dengan Face ID berbanding mendwiklik butang atas.