Sediakan Touch ID pada iPad
Pada iPad dengan butang Utama, iPad (generasi ke-10), iPad Air (generasi ke-4 dan lebih baharu), iPad mini (generasi ke-6) atau iPad mini (A17 Pro), anda boleh menggunakan Touch ID untuk membuka kunci iPad dengan selamat dan mudah, membenarkan pembelian dan pembayaran serta mendaftar masuk ke banyak app pihak ketiga.
Untuk menggunakan Touch ID, anda mesti menyediakan kod laluan pada iPad anda.
Aktifkan Touch ID
Pergi ke Seting
> Touch ID & Kod Laluan.
Aktifkan mana-mana daripada pilihan di bawah Gunakan Touch ID Untuk, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mengaktifkan iTunes & App Store, anda diminta kata laluan Akaun Apple anda semasa anda membuat pembelian pertama anda daripada App Store, Apple Books, atau iTunes Store. Apabila anda membuat pembelian seterusnya, anda diminta untuk menggunakan Touch ID.
Nota: Jika anda tidak boleh menambah cap jari atau membuka kunci iPad anda menggunakan Touch ID, lihat artikel Sokongan Apple Jika Touch ID tidak berfungsi pada iPhone atau iPad anda.
Pilih masa untuk menggunakan Touch ID
Anda boleh menggunakan Touch ID untuk membuka kunci iPad anda, membenarkan bayaran, mengisi kata laluan secara automatik dan membuka app yang dilindungi kata laluan.
Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan, kemudian aktifkan pilihan di bawah Gunakan Touch ID Untuk.
Tambah cap jari
Anda boleh menambah berbilang cap jari (kedua ibu jari dan jari telunjuk anda, contohnya).
Pergi ke Seting
> Touch ID & Kod Laluan.
Ketik Tambah Cap Jari.
Ikuti arahan atas skrin.
Namakan atau padamkan cap jari
Pergi ke Seting
> Touch ID & Kod Laluan.
Jika anda menambah lebih daripada satu cap jari, lakukan salah satu daripada berikut untuk mengecam capnya:
Pada iPad dengan butang Utama: Letakkan jari pada butang Utama.
Pada iPad (generasi ke-10), iPad mini (generasi ke-6), iPad mini (A17 Pro) dan iPad Air (generasi ke-4 dan lebih baharu): Letakkan jari pada butang atas.
Ketik cap jari, kemudian masukkan nama (seperti “Ibu Jari”) atau ketik Padam Cap Jari.
Nyahaktifkan Touch ID
Pergi ke Seting > Touch ID & Kod Laluan, kemudian nyahaktifkan satu atau lebih pilihan.