Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Denyar lampu penunjuk iPad untuk pemberitahuan
Pada iPad dengan lampu penunjuk, anda boleh mengesetkannya untuk berkelip apabila anda menerima pemberitahuan. Ini boleh membantu jika anda tidak mendengar bunyi yang mengumumkan panggilan masuk atau isyarat lain, atau jika anda mungkin terlepas isyarat boleh didengar di persekitaran yang bising.
Lampu penunjuk ialah diod pancaran cahaya (LED) yang terletak di belakang iPad, di sebelah kanta kamera.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Audio & Visual, kemudian aktifkan Denyar LED untuk Isyarat.
Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Denyar Semasa Dibuka Kunci: Lampu penunjuk berdenyar walaupun semasa iPad dikunci.
Denyar dalam Mod Senyap: Lampu penunjuk berdenyar walaupun iPad dalam mod Senyap.