Dengar iPad menyebut skrin, teks dipilih dan maklum balas penaipan
Walaupun apabila VoiceOver dinyahaktifkan, anda boleh membuatkan iPad membaca teks pada skrin dengan kuat. Buat iPad membaca keseluruhan skrin atau pilihan tertentu. Atau dengar perkara yang anda taipkan disebut dengan lantang, aksara demi aksara atau perkataan demi perkataan.
Buat iPad menyebut teks atas skrin
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Kandungan Dituturkan.
Aktifkan mana-mana yang berikut:
Sebut Pilihan: Buat iPad menyebut teks yang anda pilih.
Sebut Skrin: Buat iPad membaca semua teks pada skrin, bermula daripada bahagian atas.
Aktifkan Pengawal Pertuturan untuk mengekalkan kawalan Sebut Skrin pada skrin.
Aktifkan Serlahkan Kandungan untuk menjadikan perkataan atau ayat diserlahkan semasa iPad membacanya dengan kuat.
Pilihan Maklum Balas Penaipan: Semasa anda menaip, buat iPad menyebut aksara demi aksara, perkataan demi perkataan dan banyak lagi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Dengar teks dipilih (jika anda mengaktifkan Sebut Pilihan): Pilih teks yang anda mahu sebutkan, kemudian ketik Sebut.
Dengar semua teks pada skrin (jika anda mengaktifkan Sebut Skrin): Leret ke bawah dengan dua jari dari bahagian atas skrin.
Gunakan kawalan yang kelihatan untuk menjeda pertuturan, melaraskan kadar, menavigasi ke depan atau belakang kandungan yang anda mahu dengar, atau menggunakan Sebut apabila Disentuh (ketik teks yang anda mahu iPad baca).
Dengar perkara yang anda taipkan (jika anda mengaktifkan pilihan Maklum Balas Penaipan): Mula menaip.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Sebut skrin.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Tukar bunyi Kandungan Dituturkan
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Kandungan Dituturkan.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Suara: Pilih suara dan dialek.
Kadar Pertuturan: Seret gelangsar.
Sebutan: Rencanakan atau eja cara anda mahu frasa tertentu dituturkan.