Gunakan dan sesuaikan Pusat Kawalan pada iPad
Pusat Kawalan pada iPad memberikan anda akses segera kepada kawalan berguna—termasuk Mod Pesawat, Jangan Ganggu, kelantangan, kecerahan skrin dan banyak lagi.
![Pusat Kawalan iPad Kawalan untuk Mod Pesawat, data selular, Wi-Fi dan Bluetooth berada di kumpulan kiri atas dalam Pusat Kawalan untuk model iPad Wi-Fi + Cellular. Kawalan Kamera di bahagian kanan bawah.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/64870f1fc3b181eced8ef07d6f897f66.png)
Buka Pusat Kawalan
Leret ke bawah dari bahagian pinggir kanan atas. Anda boleh melompat ke kumpulan kawalan khusus dengan meleret ke bawah menerusi ikon di pinggir kanan skrin. Leret ke atas menerusi ikon untuk kembali ke kumpulan pertama.
Untuk menutup Pusat Kawalan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin.
Akses lebih banyak kawalan dalam Pusat Kawalan
Banyak kawalan menawarkan pilihan tambahan. Untuk melihat pilihan tersedia, sentuh dan tahan kawalan. Contohnya, anda boleh melakukan yang berikut dalam Pusat Kawalan:
Sentuh dan tahan kumpulan kawalan di bahagian kiri atas, kemudian ketik
untuk membuka pilihan AirDrop.
Sentuh dan tahan
untuk mengambil selfie, merakam video atau mengambil foto.
Sesuaikan kawalan
Anda boleh menyusun semula, menambah dan mengeluarkan kawalan dalam Pusat Kawalan.
Ketik
di bahagian kiri atas Pusat Kawalan untuk mula mengedit kawalan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Susun semula kawalan: Seret kawalan ke kedudukan baharu.
Keluarkan kawalan atau set kawalan: Ketik
di bahagian kiri atas kawalan.
Saizkan semula kawalan: Seret pemegang di bahagian kanan bawah kawalan.
Tambah lebih banyak kawalan: Ketik Tambah Kawalan di bawah Pusat Kawalan untuk membuka galeri kawalan, kemudian ketik kawalan untuk menambahnya ke Pusat Kawalan.
Apabila anda selesai menyesuaikan, tutup Pusat Kawalan dengan meleret ke atas daripada bahagian tengah bawah skrin.
Tambah kumpulan kawalan tersuai
Anda boleh menambah kumpulan kawalan baharu ke Pusat Kawalan.
Ketik
di bahagian kiri atas Pusat Kawalan untuk mula mengedit kawalan.
Ketik ikon paling bawah (bulatan kecil) di sepanjang pinggir kanan skrin.
Ketik Tambah Kawalan di bahagian bawah Pusat Kawalan untuk membuka galeri kawalan.
Ketik kawalan dalam galeri kawalan untuk menambahnya ke kumpulan.
Untuk menyesuaikan lagi kumpulan kawalan baharu, lakukan mana-mana daripada berikut:
Susun semula kawalan: Seret kawalan ke kedudukan baharu.
Keluarkan kawalan atau set kawalan: Ketik
di bahagian kiri atas kawalan.
Saizkan semula kawalan: Seret pemegang di bahagian kanan bawah kawalan.
Tambah lebih banyak kawalan: Ketik Tambah Kawalan di bahagian bawah Pusat Kawalan untuk membuka galeri kawalan, kemudian ketik kawalan untuk menambahnya ke kumpulan.
Apabila anda selesai menyesuaikan, tutup Pusat Kawalan dengan meleret ke atas daripada bahagian tengah bawah skrin.
Putuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu
Dalam Pusat Kawalan, ketik ; untuk sambung semula, ketiknya sekali lagi.
Untuk melihat nama rangkaian Wi-Fi yang bersambung, sentuh dan tahan .
Disebabkan Wi-Fi tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan rangkaian, AirPlay dan AirDrop masih berfungsi dan iPad menyertai rangkaian dikenali apabila anda bertukar lokasi atau memulakan semula iPad. Untuk menyahaktifkan Wi-Fi, pergi ke Seting > Wi-Fi. (Untuk mengaktifkan Wi-Fi semula dalam Pusat Kawalan, ketik
.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Wi-Fi dalam Pusat Kawalan semasa dalam Mod Pesawat, lihat Pilih seting iPad untuk melancong.
Putuskan sambungan daripada peranti Bluetooth buat sementara waktu
Dalam Pusat Kawalan, ketik ; untuk membenarkan sambungan, ketik butang sekali lagi.
Disebabkan Bluetooth® tidak dinyahaktifkan semasa anda memutuskan sambungan dengan peranti, ketepatan lokasi dan perkhidmatan lain masih didayakan. Untuk menyahaktifkan Bluetooth, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian nyahaktifkannya. Untuk mengaktifkan Bluetooth semula dalam Pusat Kawalan, ketik
. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth dalam Pusat Kawalan semasa dalam Mod Pesawat, lihat Pilih seting iPad untuk melancong.
Nyahaktifkan akses ke Pusat Kawalan dalam app
Pergi ke Seting > Pusat Kawalan, kemudian nyahaktifkan Akses Dalam App.