Uruskan pembelian, seting dan pengehadan App Store pada iPad
Dalam app App Store , anda boleh menyemak dan memuat turun pembelian yang dibuat oleh anda atau ahli keluarga lain. Anda juga boleh mengesetkan pengehadan dan menyesuaikan keutamaan anda untuk App Store dalam Seting .
Lihat dan muat turun semula app anda
Pergi ke app App Store
pada iPad anda.
Ketik
atau pada gambar anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik App.
Ketik App Saya atau pilih ahli keluarga (jika anda dalam kumpulan Perkongsian Keluarga).
Cari app yang anda mahu muat turun (jika ia masih tersedia dalam App Store), kemudian ketik
.
Lihat sejarah pembelian anda daripada App Store dan perkhidmatan media Apple lain
Sejarah pembelian anda termasuk app percuma dan berbayar daripada App Store serta pembelian in-app, langganan, muzik, video, buku, AppleCare+ dan banyak lagi.
Pergi ke app App Store
pada iPad anda.
Ketik
atau gambar anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik Sejarah Pembelian.
Anda mungkin diminta untuk mengesahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.
Untuk mengecilkan hasil, masukkan nama, harga atau ID pesanan dalam medan carian.
Untuk menukar kriteria carian, ketik “90 Hari Lalu, Dibayar”, kemudian setkan mana-mana daripada berikut:
Julat tarikh
Kos (percuma atau dibayar)
Jenis
Ahli keluarga (tersedia jika anda ialah pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga)
Kongsi dan luluskan pembelian dengan Perkongsian Keluarga
Jika anda berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh melihat dan memuat turun app layak yang dibeli oleh ahli keluarga lain.
Nota: Anda boleh melihat pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga hanya jika mereka memilih untuk berkongsi pembelian mereka. Pembelian yang dibuat dengan Perkongsian Keluarga mungkin tidak boleh diakses selepas ahli keluarga meninggalkan kumpulan keluarga.
Pengelola keluarga boleh menyemak dan meluluskan pembelian layak yang dibuat oleh ahli keluarga lain di bawah had umur tertentu. Lihat Aktifkan Minta untuk Beli.
Tukar seting App Store anda
Pergi ke Seting > App Store, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Muat turun app yang dibeli pada peranti Apple lain anda secara automatik: Di bawah Muat Turun Automatik, aktifkan Muat Turun App.
Kemas kini app secara automatik: Aktifkan Kemas Kini App.
Muat turun kandungan in-app di latar belakang: Aktifkan Kandungan In-App untuk memuat turun kandungan sebelum anda mula-mula membuka app.
Benarkan muat turun app untuk menggunakan data selular: (Model Wi-Fi + Cellular) Di bawah Data Selular, aktifkan Muat Turun Automatik. Untuk memilih sama ada anda mahu diminta kebenaran untuk muat turun yang melebihi 200 MB atau semua app, ketik Muat Turun App.
Mainkan video pratonton app secara automatik: Aktifkan Main Auto Video.
Keluarkan app yang tidak digunakan secara automatik: Aktifkan Keluarkan App Tak Diguna. Anda boleh memasang semula app pada bila-bila masa jika ia masih tersedia dalam App Store.
Setkan pengehadan kandungan dan sekat pembelian in-app
Selepas anda mengaktifkan pengehadan kandungan dan privasi, lakukan yang berikut.
Pergi ke Seting
> Masa Skrin > Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Kandungan & Privasi.
Ketik App Store, Media, Web & Permainan.
Pilih pengehadan bersesuaian umur seperti yang berikut:
App: Hadkan app mengikut penilaian umur.
Klip App: Elakkan Klip App daripada dibuka.