Sediakan Face ID pada iPad
Gunakan Face ID (model disokong) untuk membuka kunci iPad dengan selamat dan mudah, membenarkan pembelian dan bayaran, serta mendaftar masuk ke kebanyakan app pihak ketiga dengan hanya sekilas pandang pada iPad anda.
Untuk menggunakan Face ID, anda juga mesti mengesetkan kod laluan pada iPad anda.
Sediakan Face ID atau tambah penampilan alternatif
Jika anda tidak menyediakan Face ID apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan > Sediakan Face ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menyediakan penampilan tambahan untuk dicam oleh Face ID, pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan > Sediakan Penampilan Alternatif, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pilih masa untuk menggunakan Face ID
Anda boleh menggunakan Face ID untuk membuka kunci iPad anda, membenarkan bayaran, mengisi kata laluan secara automatik dan membuka app yang dilindungi kata laluan.
Pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan, kemudian aktifkan pilihan di bawah Gunakan Face ID Untuk.
Nyahdayakan Face ID buat sementara
Anda boleh menyekat Face ID daripada membuka kunci iPad anda buat sementara.
Tekan dan tahan butang atas dan salah satu butang kelantangan selama 2 saat.
Selepas gelangsar kelihatan, tekan butang atas untuk mengunci iPad serta merta.
iPad dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih.
Kali seterusnya anda membuka kunci iPad dengan kod laluan anda, Face ID didayakan lagi.
Nyahaktifkan Face ID
Pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan.
Lakukan satu daripada berikut:
Nyahaktifkan Face ID untuk item khusus sahaja: Nyahaktifkan satu atau lebih pilihan.
Nyahaktifkan Face ID: Ketik Reset Face ID.
Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh mencegah Face ID daripada digunakan untuk membuka kunci peranti anda. Lihat Tandakan peranti sebagai hilang dalam Cari.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Face ID, lihat Perihal teknologi lanjutan Face ID.