Tukar seting video FaceTime pada iPad
Semasa panggilan dalam app FaceTime , anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Potret, Cahaya Studio dan Bingkai Dipusatkan, bertukar antara kamera, atau mengaktifkan atau menyahaktifkan kamera anda.
Kaburkan latar belakang dengan mod Potret
Pada model disokong, anda boleh mengaktifkan mod Potret, yang mengaburkan latar belakang secara automatik dan meletakkan fokus visual pada anda, cara yang sama mod Potret lakukan dalam app Kamera.
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik jubin anda.
Ketik
dalam jubin anda.
Untuk menyahaktifkan mod Potret, ketik butang mod Potret lagi.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Portret dalam Pusat Kawalan. Buka Pusat Kawalan, ketik Kawalan FaceTime, kemudian ketik Portret.
Serlahkan muka anda
Pada model disokong, anda boleh mengaktifkan Cahaya Studio, yang memalapkan latar belakang dan mencerahkan muka anda.
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik Kawalan FaceTime.
Ketik Cahaya Studio.
Untuk menyahaktifkan mod Cahaya Studio, ketik butang itu lagi.
Aktifkan Bingkai Dipusatkan
Pada model disokong, anda boleh menggunakan Bingkai Dipusatkan yang melaraskan kamera hadapan anda untuk membingkaikan anda secara automatik sambil anda bergerak di sekitar medan penglihatan semasa panggilan FaceTime.
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, buka Pusat Kawalan.
Ketik Kawalan FaceTime, kemudian ketik Bingkai Dipusatkan untuk mengaktifkannya.
Untuk menyahaktifkan Bingkai Dipusatkan, ketiknya lagi.
Pada sesetengah model iPad, kelihatan dalam jubin anda. Untuk mengaktifkan Bingkai Dipusatkan, anda boleh mengetik jubin anda, kemudian mengetik
.
Tukar kepada kamera belakang
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik jubin anda, kemudian ketik .
Untuk bertukar kembali ke kamera depan, ketik lagi.
Nota: Semasa anda menggunakan kamera belakang, anda boleh membesarkan imej dengan mengetik 1x. Mengetiknya lagi mengembalikan imej ke saiz normal.
Nyahaktifkan kamera anda
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, ketik skrin untuk membuatkan kawalan kelihatan, kemudian ketik . (Ketiknya lagi untuk mengaktifkan kamera semula.)