Cari tempat dalam Peta pada iPad
Anda boleh mencari alamat, mercu tanda, perkhidmatan dan banyak lagi.
Cari tempat
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Tunjukkan saya Menara KL.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Atau anda boleh mengetik medan carian (di bahagian atas kad), kemudian mulakan menaip.
![App Peta menunjukkan peta kawasan. Medan carian berada di bahagian atas kiri dengan hasil daripada pertanyaan carian disenaraikan di bawah.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/7123f5552450b939e7e45ff372b7e480.png)
Anda boleh mencari dengan cara berlainan. Contohnya:
Persimpangan (“Jalan Pudu”)
Kawasan (“Bukit Bintang”)
Tanda tempat (“Muzium Negara”)
Poskod (“60622”)
Perniagaan (“filem,” “restoran Kuala Lumpur,” “Menara UOA, Jalan Pinang”)
Jika anda dapat senarai hasil, skrol senarai untuk melihat lebih banyak. Untuk mengetahui tentang tempat atau mendapatkan arah ke tempat tersebut, ketik hasil carian.
Paparkan, panjangkan atau pendekkan kad
Jika anda tidak melihat medan carian, ketik di bahagian atas kanan kad.
Untuk mensaiz semula kad, seret bahagian atas kad ke atas atau ke bawah.