Masukkan aksara dengan tanda diakritik semasa menggunakan papan kekunci luaran Apple dengan iPad
Jika papan kekunci luaran Apple yang anda gunakan dengan iPad tidak disertakan aksen dan tanda diakritik lain untuk bahasa yang anda taipkan, anda boleh menggunakan kekunci pengubah suai Option atau papan kekunci atas skrin untuk memasukkan tanda tersebut.
Gunakan kekunci Option untuk memasukkan tanda diakritik untuk aksara
Untuk memasukkan aksara dengan tanda diakritik, anda boleh menekan kekunci Option untuk memilih tanda.
Lakukan satu daripada berikut:
Tambahkan papan kekunci untuk bahasa yang menyokong tanda diakritik, kemudian dalam app, bertukar ke papan kekunci bahasa tersebut.
Contohnya, tambah papan kekunci Sepanyol (Mexico), kemudian dalam app, gunakan
pada Magic Keyboard untuk iPad bagi memilih Español (México).
Pergi ke Seting
> Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, kemudian pilih tataletak papan kekunci alternatif yang menyokong tanda diakritik.
Contohnya, jika anda mempunyai papan kekunci bahasa Inggeris (AS), ketik Inggeris (AS), kemudian pilih A.S. Antarabangsa — PC atau ABC — Lanjutan.
Dalam app, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian tekan kekunci yang memasukkan tanda diakritik.
Contohnya, papan kekunci Sepanyol (Mexico) dan tataletak alternatif A.S. Antarabangsa — PC menyokong tanda diakritik ini:
Aksen akut (contohnya, é): Option-E.
Aksen grava (contohnya, è): Option-`.
Tilde (contohnya, ñ): Option-N.
Diaeresis atau umlaut (contohnya, ü): Option-U.
Sirkumfleks (contohnya, ê): Option-I.
Tekan huruf.
Contohnya, untuk memasukkan ñ menggunakan papan kekunci Sepanyol (Mexico) atau tataletak alternatif A.S. Antarabangsa — PC, tekan Option-N, kemudian taip n.
Nota: Tataletak alternatif ABC - Lanjutan juga membolehkan anda memasukkan tanda nada untuk menaip Cina Mandarin dalam ortografi Pinyin. Contohnya, untuk menaip ǚ dalam lǚxíng (“kembara”), tekan Option-V, kemudian taipkan v. Tambahan lagi, tataletak ABC - Lanjutan membolehkan anda menaip tanda diakritik dan huruf daripada beberapa bahasa Eropah berlainan, seperti Czech, Perancis, Jerman, Hungary dan Polish.
Gunakan papan kekunci atas skrin untuk memasukkan tanda diakritik
Bertukar ke papan kekunci atas skrin.
Pada papan kekunci atas skrin, sentuh dan tahan huruf, nombor, atau simbol pada papan kekunci yang berkaitan dengan aksara yang anda mahukan.
Contohnya, untuk memasukkan é, sentuh dan tahan kekunci e.
Luncurkan jari anda untuk memilih varian.
Untuk menyembunyikan papan kekunci atas skrin apabila anda selesai, ketik
.