Tukar seting Wallet & Apple Pay anda pada iPad
Dalam Seting, anda boleh menyesuaikan keutamaan anda untuk Wallet & Apple Pay.
Sesuaikan seting Apple Pay anda
Pergi ke Seting
> Wallet & Apple Pay.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Pemberitahuan: Tukar seting pemberitahuan.
Apple Cash: Aktifkan atau nyahaktifkan Apple Cash.
Lalai Transaksi: Masukkan maklumat lalai anda untuk Apple Pay dalam app dan di web.
Bayar Kemudian: Menunjukkan pilihan bayaran tersedia daripada kad anda dalam Wallet apabila anda membayar dengan Apple Pay.
Ganjaran: Menunjukkan ganjaran daripada kad anda dalam Wallet apabila anda membayar dengan Apple Pay.
Kad Serasi: Menyemak kad anda yang disimpan dalam Isi Auto Safari untuk keserasian dengan Apple Pay dan membenarkan anda menggunakannya dalam Wallet.
Tambah Pesanan ke Wallet: Pesanan daripada pedagang yang mengambil bahagian ditambah secara automatik ke Wallet untuk penjejakan pesanan pada iPhone. Lihat Jejak pesanan anda dalam Wallet pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pilihan Bayar Kemudian Lain: Lihat perkhidmatan bayar kemudian tambahan apabila anda membayar dengan Apple Pay.
Tukar maklumat penghantaran dan hubungan lalai anda
Pergi ke Seting
> Wallet & Apple Pay.
Di bawah Lalai Transaksi, setkan alamat penghantaran, e-mel dan nombor telefon anda.