Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambahkan penyedia TV anda ke app Apple TV pada iPad
Anda boleh menambah perkhidmatan kabel atau satelit anda ke app Apple TV dan menonton rancangan serta filem pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV, Apple Vision Pro anda dan TV pintar serta peranti penstriman yang disokong.
Tambah perkhidmatan kabel atau satelit anda ke app Apple TV
Daftar masuk tunggal memberikan akses serta-merta ke semua app video disokong dalam pakej langganan anda.
Pergi ke Seting
> Umum > Penyedia TV.
Pilih penyedia TV anda, kemudian daftar masuk dengan kelayakan penyedia anda.
Jika penyedia TV anda tidak disenaraikan, daftar masuk terus daripada app yang anda mahu gunakan.