Sandarkan iPad
Anda boleh menyandarkan iPad menggunakan iCloud atau komputer anda. Untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk anda, lihat Perihal sandaran untuk iPhone, iPad dan iPod touch.
Petua: Jika anda menggantikan iPad, anda boleh gunakan sandarannya untuk memindahkan maklumat anda ke peranti baru. Lihat Pulihkan semua kandungan ke iPad daripada sandaran.
Sandarkan iPad menggunakan iCloud
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Aktifkan Sandaran iCloud. iCloud menyandarkan iPad anda setiap hari secara automatik apabila iPad bersambung ke kuasa, dikunci dan bersambung ke Wi-Fi.
Untuk melakukan sandaran manual, ketik Sandarkan Sekarang.
Untuk melihat sandaran iCloud anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Urus Storan > Sandaran. Untuk memadam sandaran, pilih sandaran daripada senarai, kemudian ketik Padam Sandaran.
Sandarkan iPad menggunakan Mac anda
Dalam bar sisi Finder pada Mac anda, pilih iPad anda.
Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPad, macOS 10.15 atau lebih baru diperlukan. Dengan versi terdahulu macOS, gunakan iTunes untuk menyandarkan iPad.
Di bahagian atas tetingkap Finder, klik Umum.
Pilih “Sandarkan semua data pada iPad anda ke Mac ini”.
Untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan, pilih “Sulitkan sandaran setempat”.
Klik Sandarkan Sekarang.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPad ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan Wi-Fi.
Sandarkan iPad menggunakan Windows PC anda
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang iPad berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Ringkasan
Klik Sandarkan Sekarang (di bawah Sandaran).
Untuk menyulitkan sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran setempat”, taipkan kata laluan, kemudian klik Setkan Kata Laluan.
Untuk melihat sandaran yang disimpan pada komputer anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti. Sandaran yang disulitkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPad ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan Wi-Fi.