Sediakan dan gunakan RTT pada iPad
Dengan teks masa nyata (RTT) dan panggilan Wi-Fi pada iPhone, anda juga boleh membuat dan menerima panggilan RTT dalam app FaceTime pada iPad anda.
Penting: RTT tidak disokong oleh semua pembawa atau dalam semua negara atau rantau. Fungsi RTT bergantung pada pembawa dan persekitaran rangkaian anda. Apabila membuat panggilan kecemasan di A.S., iPhone menghantar aksara atau nada istimewa untuk memberi isyarat kepada operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas nada ini mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak memberi jaminan yang operator boleh menerima atau membalas panggilan RTT.
Sediakan RTT
Pastikan anda boleh membuat dan terima panggilan Wi-Fi pada iPad.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > RTT.
Aktifkan RTT Perisian, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut.
Ketik Nombor Geganti, kemudian masukkan nombor telefon untuk digunakan bagi panggilan geganti menggunakan RTT/TTY Perisian.
Aktifkan Hantar Serta-Merta untuk menghantar setiap aksara semasa anda menaip. Nyahaktifkan untuk menyelesaikan mesej sebelum menghantar.
Apabila RTT diaktifkan,
muncul dalam bar status di bahagian atas skrin.
Mulakan panggilan RTT
Dalam FaceTime, ketik
di bahagian atas skrin.
Taipkan nama atau nombor yang anda mahu hubungi dalam medan entri di bahagian atas, kemudian ketik Audio.
Ketik Panggil, kemudian ketik Panggilan RTT.
Taip teks semasa panggilan RTT
Masukkan mesej anda dalam medan teks.
Jika anda mengaktifkan Hantar Serta-Merta dalam Seting, penerima anda melihat setiap aksara semasa anda menaip. Jika tidak, ketik
untuk menghantar mesej.
Untuk turut menghantar audio, ketik
.
Nota: Kadar panggilan suara standard digunakan untuk panggilan RTT.