Tukar seting VoiceOver anda pada iPad
Anda boleh menyesuaikan seting untuk VoiceOver, seperti pilihan audio, bahasa, suara, kadar sebutan dan bahasa berjela.
Laraskan kelantangan dan seting audio lain VoiceOver
Untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan, tekan butang kelantangan pada iPad.
Untuk mengesetkan pilihan audio lain, pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > VoiceOver > Audio, kemudian setkan pilihan seperti berikut:
Bunyi: Laraskan dan pratonton kesan bunyi.
Peredaman Audio: Turunkan kelantangan main balik media buat sementara apabila VoiceOver bercakap.
Hantar ke HDMI: Halakan audio ke peranti disambungkan dari luar, seperti amplifier instrumen atau pencampur DJ.
Setkan bahasa VoiceOver
VoiceOver menggunakan bahasa sama yang anda pilih untuk iPad anda. Sebutan VoiceOver bagi sesetengah bahasa dipengaruhi oleh Format Rantau yang anda pilih.
Pergi ke Seting
> Umum > Bahasa & Rantau.
Ketik Bahasa iPad, kemudian pilih bahasa.
Laraskan suara percakapan
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan kadar percakapan: Seret gelangsar Kadar Percakapan.
Pilih suara: Ketik Pertuturan > Suara, kemudian pilih suara. Untuk memuat turun suara dipertingkatkan, ketik
Laraskan pic: Ketik Pertuturan, kemudian seret gelangsar. Anda juga boleh mengaktifkan Guna Perubahan Nada untuk membuatkan VoiceOver menggunakan pic yang lebih tinggi apabila menyebut item pertama dalam kumpulan (seperti senarai atau jadual) dan pic yang lebih rendah apabila menyebut item terakhir dalam kumpulan.
Tentukan sebutan perkataan tertentu: Ketik Pertuturan > Sebutan, ketik
, masukkan frasa, kemudian rencanakan atau eja cara anda mahu frasa disebut.
Nota: Anda boleh merencanakan hanya jika anda telah mengaktifkan Dayakan Perencanaan dalam Seting > Umum > Papan Kekunci.
Setkan perkara yang VoiceOver beritahu anda
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian ketik mana-mana daripada berikut:
Bahasa Berjela: Pilih pilihan untuk membuatkan VoiceOver menyebut pembayang, tanda baca, huruf besar, pautan terbenam dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh mengesahkan tindakan rotor.
Untuk menukar cara VoiceOver menyebut tanda baca, ketik Sebutan, kemudian pilih kumpulan. Anda juga boleh mencipta kumpulan baru—contohnya, kumpulan pengaturcaraan dengan “[” disebut sebagai “tanda kurung kiri”.
Sentiasa Sebut Pemberitahuan: VoiceOver membaca pemberitahuan, termasuk mesej teks masuk semasa ia berlaku, walaupun jika iPad dikunci. Pemberitahuan yang tidak disemak diulangi apabila anda membuka kunci iPad.
Sesuaikan seting VoiceOver untuk aktiviti
Anda boleh menyesuaikan kumpulan seting VoiceOver untuk aktiviti seperti pengaturcaraan. Gunakan seting secara automatik apabila anda membuka app tertentu atau dengan melaraskan rotor.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > VoiceOver > Aktiviti.
Pilih aktiviti sedia ada atau ketik Tambah Aktiviti.
Laraskan seting untuk pertuturan, berjela dan braille.
Pilih App atau Konteks untuk menggunakan seting ini secara automatik untuk aktiviti ini.
Laraskan visual VoiceOver
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian aktifkan mana-mana daripada berikut:
Kursor Besar: Jika anda menghadapi kesukaran melihat garis kasar hitam di sekeliling item dipilih, anda boleh besarkan dan tebalkan garis luar.
Panel Kapsyen: Teks yang disebut oleh VoiceOver dipaparkan di bahagian bawah skrin.