Gunakan Jam Dunia pada Apple Watch untuk menyemak masa di lokasi lain
Gunakan app Jam Dunia pada Apple Watch anda untuk menyemak masa di bandar di seluruh dunia.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Pukul berapa sekarang di Auckland?”
Tambah dan keluarkan bandar dalam Jam Dunia
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Ketik Tambah Bandar.
Ketik Perencanaan atau Coretan, kemudian masukkan nama bandar.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Ketik nama bandar untuk menambahnya ke Jam Dunia.
Untuk mengeluarkan bandar, leret kiri pada namanya, kemudian ketik X. Untuk mengeluarkan bandar semasa melihat maklumatnya, tekan kuat paparan, kemudian ketik Keluarkan.
Bandar yang anda tambah pada iPhone anda juga muncul dalam Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Semak masa di bandar berlainan
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown atau leret skrin untuk skrol senarai.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang bandar, termasuk masa matahari terbit dan terbenam, ketik bandar dalam senarai.
Semasa anda melihat info tentang bandar, anda boleh skrol untuk melihat bandar seterusnya dalam senarai anda.
Apabila anda selesai, ketik < di penjuru kiri atas, atau leret kanan untuk kembali ke senarai bandar.
Jika terdapat bandar di mana waktu anda selalu akan lihat, anda dapat menambah jam dunia ke muka jam anda dan pilih bandar untuk dipaparkan.
Tukar singkatan bandar
Untuk menukar singkatan bandar yang digunakan pada Apple Watch anda, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Jam > Singkatan Bandar.
Ketik mana-mana bandar untuk menukar singkatannya.