Setkan dan balas peringatan pada Apple Watch
Apple Watch anda memaklumkan anda tentang peringatan yang anda cipta dalam app Peringatan pada iPhone anda—dan pada sebarang peranti iOS lain atau Mac yang didaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID anda. Anda juga boleh mencipta peringatan dengan Siri pada Apple Watch anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk maklumat tentang menyediakan app Peringatan pada iPhone anda.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Ingatkan saya untuk mengambil dobi pada pukul 5 petang.”
Lihat peringatan anda
Buka app Peringatan pada Apple Watch anda.
Ketik senarai untuk membukanya.
Ketik item untuk menandakannya sebagai selesai.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke paparan senarai anda.
Untuk melihat peringatan anda yang dilengkapkan, tekan kuat paparan semasa melihat senarai peringatan, kemudian ketik Tunjukkan Selesai.
Peringatan yang lengkap muncul di bahagian bawah senarai.
Balas pemberitahuan peringatan
Jika anda melihat pemberitahuan peringatan semasa ia tiba: Leret (atau putar Digital Crown untuk skrol) ke bahagian bawah peringatan, kemudian ketik Tidur Sekejap, Dilengkapkan, atau Tolak.
Jika anda menemui pemberitahuan kemudian: Ketiknya dalam senarai pemberitahuan anda, kemudian skrol dan balas.
Tukar tertib senarai anda
Buka app Peringatan pada iPhone anda.
Sentuh dan tahan senarai.
Seret senarai ke lokasi baru.