Tambah penggera pada Apple Watch
Gunakan app Penggera untuk memainkan bunyi atau menggetarkan Apple Watch anda pada masa yang disetkan.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Setkan penggera berulang untuk pukul 6 PG.”
Setkan penggera pada Apple Watch
Buka app Penggera pada Apple Watch anda.
Ketik Tambah Penggera.
Ketik PG atau PTG, kemudian ketik jam atau minit.
Langkah ini tidak diperlukan apabila menggunakan masa 24 jam.
Putarkan Digital Crown untuk melaraskan, kemudian ketik Set.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan penggera, ketik suisnya. Atau ketik masa penggera untuk setkan pilihan ulang, label dan tidur.
Jangan biarkan diri anda tidur
Apabila penggera berbunyi, anda dapat ketik Tidur untuk menunggu beberapa minit sebelum penggera berbunyi lagi. Jika anda tidak mahu membenarkan tidur, ikuti langkah ini:
Buka app Penggera pada Apple Watch anda.
Ketik penggera dalam senarai penggera, kemudian nyahaktifkan Tidur.
Padam penggera
Buka app Penggera pada Apple Watch anda.
Ketik penggera dalam senarai.
Skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Padam.
Lihat penggera yang sama pada iPhone dan Apple Watch
Setkan penggera pada iPhone anda.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Jam, kemudian aktifkan Isyarat Tolak dari iPhone.
Apple Watch memberi isyarat kepada anda apabila penggera berbunyi supaya anda boleh tidurkan atau tolak penggera. (Anda tidak diberi isyarat pada iPhone anda apabila penggera Apple Watch anda berbunyi.)
Sediakan Apple Watch sebagai jam meja sisi dengan penggera
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian aktifkan mod meja sisi.
Apabila anda menyambungkan Apple Watch anda ke pengecasnya dengan mod meja sisi aktif, jam memaparkan status pengecasan, masa dan tarikh semasa dan masa sebarang penggera yang anda setkan. Untuk melihat masa, ketik paparan atau sigung lembut Apple Watch anda. Menyigung atau mengetik meja mungkin boleh juga.
Jika anda mengesetkan penggera menggunakan app Penggera, Apple Watch anda dalam mod meja sisi akan membangunkan anda dengan lembut dengan bunyi penggera yang unik.
Apabila penggera berbunyi, tekan butang sisi untuk menyahaktifkannya, atau tekan Digital Crown untuk tidurkannya selama 9 minit.