Cari muzik pada iPhone
Menggunakan Carian dalam app Muzik , anda boleh melayari kategori muzik dengan cepat, melihat carian terbaharu dan mencari Apple Music atau pustaka anda.
Nota: Bukan semua ciri tersedia dalam Pelan Apple Music Voice. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Apple Music Voice.
Ketik Cari, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Ketik kategori seperti Pop atau Kecergasan.
Ketik medan carian, kemudian ketik sesuatu yang anda baru pilih sambil mencari—contohnya, lagu atau artis.
Ketik medan carian, ketik Apple Music, kemudian masukkan lagu, artis, album, senarai main, rancangan atau episod radio, stesen, video, kategori, kurator, label rekod, atau profil.
Ketik medan carian, ketik Pustaka Anda, kemudian masukkan lagu, album, senarai main, artis, video, kompilasi, atau genre.
Ketik hasil untuk memainkannya.
Anda boleh mencari lagu dalam Apple Music berdasarkan liriknya. Dalam medan carian, masukkan beberapa perkataan yang anda ingat untuk mencari lagu.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebut frasa penting daripada lirik. Ketahui cara menggunakan Siri.
