Cipta pautan ke panggilan FaceTime pada iPhone
Dalam app FaceTime pada iPhone, anda boleh mencipta pautan ke panggilan FaceTime dan menghantar pautan kepada rakan atau kumpulan (menggunakan Mail atau Mesej), yang mereka boleh gunakan untuk menyertai atau memulakan panggilan.
Ketik Cipta Pautan berdekatan bahagian atas skrin.
Pilih pilihan untuk menghantar pautan (Mail, Mesej dan sebagainya).
Dalam Kalendar, anda boleh menjadualkan mesyuarat video jauh dengan memasukkan FaceTime sebagai lokasi mesyuarat.
Nota: Anda boleh menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai anda dalam panggilan FaceTime, walaupun orang yang tidak mempunyai peranti Apple. Mereka boleh menyertai anda dalam panggilan satu dengan satu dan Kumpulan FaceTime daripada pelayar mereka—log masuk tidak diperlukan. (Mereka memerlukan versi terkini Chrome atau Edge. Menghantar video memerlukan sokongan pengekodan video H.264.)