Sambungkan pelayan atau peranti luaran dengan Fail pada iPhone
Anda boleh menggunakan app Fail untuk mengakses fail yang disimpan pada pelayan fail, penyedia storan awan lain seperti Box dan Dropbox, serta peranti luaran, seperti pemacu USB dan kad SD, selepas anda menyambungkannya ke iPhone anda.
Bersambung ke komputer atau pelayan fail
Ketik
di bahagian atas skrin Layari.
Jika anda tidak melihat
, ketik Layari lagi.
Ketik Sambung ke Pelayan.
Masukkan nama hos setempat atau alamat rangkaian, kemudian ketik Sambung.
Petua: Selepas anda bersambung ke komputer atau pelayan fail, ia kelihatan dalam senarai Pelayan Terbaharu pada skrin Sambung ke Pelayan. Untuk bersambung ke pelayan terbaharu, ketik namanya.
Pilih cara anda mahu bersambung.
Tetamu: Anda boleh bersambung sebagai pengguna Tetamu jika komputer dikongsi membenarkan akses tetamu.
Pengguna Berdaftar: Jika anda memilih Pengguna Berdaftar, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.
Ketik Seterusnya, kemudian pilih volum pelayan atau folder dikongsi dalam skrin Layari (di bawah Dikongsi).
Untuk memutuskan sambungan daripada pelayan fail, ketik bersebelahan pelayan dalam skrin Layari.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara untuk menyediakan Mac anda untuk berkongsi fail, lihat Sediakan perkongsian fail pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Tambah perkhidmatan storan awan
Muat turun app dari App Store, kemudian buka app dan ikuti arahan atas skrin.
Buka Fail, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin.
Ketik Lagi Lokasi (di bawah Lokasi), kemudian aktifkan perkhidmatan.
Untuk melihat kandungan anda, ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama perkhidmatan storan di bawah Lokasi. Jika anda tidak melihat Lokasi, ketik Layari lagi di bahagian bawah skrin.
Sambungkan pemacu USB atau kad SD
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menyambungkan peranti storan luaran dan kad SD, lihat Sambungkan peranti storan luaran ke iPhone