Tukar tarikh dan masa pada iPhone
Secara lalai, tarikh dan masa, kelihatan pada Skrin Kunci, disetkan secara automatik berdasarkan lokasi anda. Jika anda mahu menukarnya—contohnya, apabila anda melancong—anda boleh melaraskannya.
Pergi ke Seting
> Umum > Tarikh & Masa.
Aktifkan mana-mana yang berikut:
Set Secara Automatik: iPhone mendapat waktu yang betul menerusi rangkaian dan mengemas kininya untuk zon waktu anda. Sesetengah rangkaian tidak menyokong masa rangkaian, oleh itu di sesetengah negara atau rantau iPhone mungkin tidak dapat untuk menentukan waktu tempatan secara automatik.
Masa 24 Jam: (tidak tersedia di semua negara atau rantau) iPhone memaparkan jam daripada 0 hingga 23.
Untuk menukar tarikh dan masa lalai, nyahaktifkan Set Secara Automatik, kemudian tukar tarikh dan masa yang dipaparkan.