Skrin Helo yang kelihatan apabila anda menghidupkan iPhone anda untuk kali pertama.

Mulakan

Sediakan beberapa ciri asas sebelum anda mula menggunakan iPhone baharu anda.

Asas persediaan

Skrin Kunci menunjukkan foto latar belakang yang disesuaikan dan paparan masa dan tarikh yang disesuaikan. Di bahagian bawah skrin dari kiri ke kanan ialah: butang Lampu Suluh, Fokus Peribadi diaktifkan dan butang Kamera.

Tambah sentuhan peribadi

iPhone anda boleh menunjukkan gaya peribadi dan keutamaan anda. Pamerkan foto kegemaran anda pada Skrin Kunci, tambah widget ke Skrin Utama, laraskan saiz teks, nada dering dan banyak lagi.

Jadikan iPhone milik anda

Skrin Kamera dalam mod Foto, dengan mod lain di bahagian kiri dan kanan di bawah pemidang tilik. Butang untuk Denyar, mod Malam, Kawalan Kamera, ProRaw dan Live Photo berada di bahagian atas skrin. Di bawah mod kamera ialah, dari kiri ke kanan, butang Pemapar Foto dan Video, butang Ambil Gambar dan butang Pemilih Kamera Pandang Belakang.

Ambil syot terbaik anda

Gunakan iPhone anda untuk merakam detik, di mana-mana sahaja anda berada. Ketahui cara untuk mengambil foto dan video dalam perjalanan dan gunakan ciri kamera lain pada iPhone anda.

Ambil foto dan video yang hebat

Panggilan FaceTime Kumpulan dengan empat peserta; setiap peserta kelihatan dalam jubin berasingan.

Kekal berhubung

iPhone memudahkan anda menghubungi orang yang penting untuk anda. Tambah mereka ke kenalan anda supaya anda mempunyai maklumat mereka di mana-mana anda memerlukannya—kemudian kekal terkini dengan mesej teks, panggilan telefon, atau FaceTime.

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga

Skrin Perkongsian Keluarga dalam Seting. Lima ahli keluarga disenaraikan. Di bawah nama mereka ialah Senarai Semak Keluarga dan pilihan Langganan, Perkongsian Pembelian serta Perkongsian Lokasi.

Semua dalam keluarga

Anda dan ahli keluarga anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi pembelian app, lokasi anda dan data kesihatan. Anda juga boleh menyediakan kawalan ibu bapa untuk mengurus cara kanak-kanak meluangkan masa dengan peranti mereka.

Kongsi ciri dengan keluarga anda

App Peta, menunjukkan empat tempat kegemaran di bahagian bawah skrin.

Ringkaskan hari anda

Ketahui cara menggunakan app pada iPhone anda untuk menunjukkan anda tempat yang anda paling kerap pergi, membayar kopi anda, mengingatkan anda tentang tugas penting dan mengunci pintu hadapan anda secara automatik apabila anda meninggalkan rumah.

Gunakan iPhone untuk rutin harian anda

Untuk meneroka Panduan Pengguna iPhone, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.