Beli buku dan buku audio dalam Apple Books pada iPhone
Dalam app Buku , anda boleh mencari jualan teratas hari ini, melihat carta teratas dan melayari senarai diurus oleh editor Apple Books. Selepas anda memilih buku atau buku audio, anda boleh membaca atau mendengarnya terus dalam app.
Buka Buku, kemudian ketik Kedai Buku atau Buku Audio untuk melayari tajuk, atau ketik Carian untuk mencari tajuk, pengarang atau genre tertentu.
Ketik kulit buku untuk melihat butiran lanjut, membaca sampel, mendengar pratonton, atau menandakan sebagai Ingin Baca.
Ketik Beli untuk membeli tajuk, atau ketik Dapatkan untuk memuat turun tajuk percuma.
Semua pembelian dibuat dengan kaedah bayaran dikaitkan dengan Apple ID anda.
Nota: Anda boleh membenarkan buku dan buku audio dimuat turun secara automatik melalui rangkaian selular anda apabila anda tidak disambungkan ke Wi-Fi. Pergi ke Seting > Buku, ketik Muat Turun, kemudian pilih Sentiasa Benarkan, Minta Jika Melebihi 200 MB atau Sentiasa Minta.