Import foto dan video pada iPhone
Anda boleh mengimport foto dan video terus ke app Foto daripada kamera digital, kad memori SD, atau iPhone, iPad, atau iPod touch lain yang mempunyai kamera. Gunakan Penyesuai Kamera Lightning ke USB atau Pembaca Kamera Lightning ke Kad SD (kedua-duanya dijual berasingan).
Masukkan penyesuai kamera atau pembaca kad ke dalam penyambung Lightning pada iPhone.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Sambungkan kamera: Gunakan kabel USB yang disertakan dengan kamera untuk menyambungkannya dengan penyesuai kamera. Hidupkan kamera, kemudian pastikan kamera dalam mod pindah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan kamera.
Masukkan kad memori SD ke dalam pembaca kad. Jangan paksa kad masuk ke dalam pembaca. Kad hanya masuk dalam satu arah.
Sambungkan iPhone, iPad, atau iPod touch: Gunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti untuk menyambungkannya dengan penyesuai kamera. Hidupkan dan buka kunci peranti.
Buka Foto pada iPhone anda, kemudian ketik Import.
Pilih foto dan video yang anda mahu import, kemudian pilih destinasi import anda.
Import semua item: Ketik Import Semua.
Import sebahagian item sahaja: Ketik item yang anda mahu ingin import (tanda semak akan kelihatan), ketik Import, kemudian ketik Import Yang Dipilih.
Selepas foto dan video telah diimport, simpan atau padamkannya pada kamera, kad, iPhone, iPad, atau iPod touch.
Tanggalkan penyesuai kamera atau pembaca kad.