Pindahkan fail antara iPhone dan komputer anda
Terdapat berbilang cara untuk memindahkan foto, video dan fail lain antara iPhone dan komputer anda.
Pindahkan fail secara wayarles dengan cepat: Lihat Pindahkan fail secara wayarles dengan e-mel, mesej, atau AirDrop.
Gunakan iCloud: Lihat Pastikan fail anda dikemas kini secara automatik dengan iCloud.
Gunakan perkhidmatan seperti Box atau DropBox: Lihat Kongsi fail dengan perkhidmatan storan awan.
Gunakan peranti storan luaran: Lihat Pindahkan fail antara iPhone dan komputer anda dengan peranti storan luaran.
Gunakan pelayan fail: Lihat Gunakan pelayan fail untuk berkongsi fail.
Gunakan kabel: Lihat Selaraskan kandungan atau pindahkan fail dengan Finder atau iTunes.
Penting: Pemindahan, perkongsian atau penyelarasan mungkin dihadkan untuk sesetengah jenis data, seperti fail yang disimpan dalam format proprietari app, fail yang disimpan dalam versi perisian lebih lama dan fail yang dilindungi oleh hak cipta.