Sediakan Fokus pada iPhone
Fokus ialah ciri yang membantu anda mengurangkan gangguan perhatian dan mengesetkan sempadan. Apabila anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti tertentu, anda boleh menyesuaikan salah satu pilihan Fokus yang disediakan—contohnya, Bekerja, Peribadi, atau Tidur—atau mencipta Fokus tersuai. Anda boleh menggunakan Fokus untuk menyenyapkan semua pemberitahuan buat sementara atau membenarkan pemberitahuan tertentu sahaja—contohnya pemberitahuan yang berkenaan dengan tugas anda—dan memberitahu orang lain dan app bahawa anda sibuk.
Apabila Fokus dipautkan ke Skrin Kunci, anda boleh mengaktifkannya hanya dengan meleret ke Skrin Kunci yang sepadan.
Sama juga, anda boleh menyesuaikan halaman Skrin Utama yang hanya mempunyai app yang berkaitan dengan Fokus dan menjadikan halaman sebagai Skrin Utama anda semasa Fokus tersebut. iPhone juga mencadangkan Skrin Utama dengan app dan widget yang relevan dengan Fokus yang anda sediakan.
Petua: Untuk menyenyapkan semua pemberitahuan dengan cepat, buka Pusat Kawalan, ketik Fokus, kemudian aktifkan Jangan Ganggu.
Sediakan Fokus
Pergi ke Seting
> Fokus, kemudian ketik Fokus—contohnya Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur, atau Bekerja.
Untuk Fokus yang anda pilih, anda boleh menyediakan pilihan yang diterangkan dalam langkah di bawah, tetapi anda tidak perlu menyediakan semuanya.
Tentukan app dan orang yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda semasa Fokus anda. Lihat Benarkan atau senyapkan pemberitahuan untuk Fokus pada iPhone.
Selepas anda menentukan orang dan app untuk membenarkan pemberitahuan, pautan Pilihan kelihatan.
Ketik Pilihan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tunjukkan pemberitahuan yang disenyapkan pada Skrin Kunci atau hantarnya ke Pusat Pemberitahuan: Aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan pada Skrin Kunci.
Gelapkan Skrin Kunci semasa Fokus ini: Aktifkan Malapkan Skrin Kunci.
Sembunyikan lencana pemberitahuan pada app Skrin Utama: Aktifkan Sembunyikan Lencana Pemberitahuan.
Apabila anda selesai memilih pilihan, ketik
di bahagian atas skrin.
Untuk menukar Skrin Kunci bagi digunakan dengan Fokus ini, ketik pratonton Skrin Kunci di bawah Sesuaikan Skrin, pilih Kunci Skrin, kemudian ketik Selesai di bahagian atas skrin.
Untuk memilih halaman Skrin Utama bagi digunakan dengan Fokus ini, ketik pratonton Skrin Utama di bawah Sesuaikan Skrin, pilih halaman, kemudian ketik Selesai.
Pilih Skrin Utama yang kelihatan termasuk app dan widget yang paling relevan dengan Fokus yang anda sediakan.
Untuk membuat perubahan pada Skrin Utama bagi menyesuaikannya dengan lebih lanjut untuk Fokus anda, lihat Alihkan app dan widget pada Skrin Utama.
Untuk berkongsi Fokus anda merentas peranti Apple anda, ketik
, kemudian aktifkan Kongsi Apple Merentas Peranti (anda mesti didaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti anda).
Selepas menyediakan Fokus, anda boleh kembali ke Seting > Fokus pada bila-bila masa dan tukar mana-mana pilihan yang anda pilih di atas.
Anda boleh menjadualkan Fokus untuk diaktifkan secara automatik atau mengaktifkan atau menyahaktifkannya dalam Pusat Kawalan.
Semasa anda menyediakan Fokus Tidur, anda juga boleh menukar waktu tidur dan waktu bangun anda yang seterusnya, atau melaraskan jadual tidur anda dengan mengetik Sediakan Tidur dalam Kesihatan. Lihat Tambah atau tukar jadual tidur dalam Kesihatan pada iPhone atau Setkan penggera pada iPhone.
Tambah penapis Fokus
Semasa anda menyediakan Fokus, anda boleh menambah penapis app yang menentukan maklumat app yang akan ditunjukkan semasa Fokus. Contohnya, anda boleh menentukan akaun mel atau kalendar untuk digunakan semasa Fokus.
Pergi ke Seting > Fokus, kemudian ketik Fokus yang anda mahu tambahkan penapis.
Skrol ke bawah ke penapis Fokus, kemudian ketik Tambah Penapis.
Ketik app, kemudian pilih maklumat daripada app yang anda mahu gunakan semasa Fokus:
Kalendar: Pilih kalendar yang anda mahu tunjukkan semasa Fokus.
Mail: Pilih akaun mel yang anda mahu gunakan semasa Fokus.
Mesej: Pilih perbualan mesej yang anda mahu lihat semasa Fokus—contohnya, hanya perbualan daripada orang yang anda benarkan pemberitahuan semasa Fokus ini.
Safari: Pilih Kumpulan Tab yang anda mahu gunakan semasa Fokus.
Ketik Tambah untuk menambah penapis ke Fokus.
Cipta Fokus Tersuai
Jika anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti yang berlainan daripada sebarang pilih Fokus yang disediakan, anda boleh mencipta Fokus Tersuai.

Pergi ke Seting
> Fokus.
Ketik
di bahagian kanan atas, kemudian ketik Tersuai.
Masukkan nama baharu untuk Fokus anda, kemudian ketik Balik.
Pilih warna dan ikon untuk mewakili Fokus anda, kemudian ketik Seterusnya.
Ketik Sesuaikan Fokus, kemudian sediakan pilihan untuk Fokus tersuai anda.
Pastikan seting Fokus anda dikemas kini merentas semua peranti Apple anda
Anda boleh menggunakan seting Fokus yang sama pada semua peranti Apple yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pergi ke Seting > Fokus, kemudian aktifkan Kongsi Merentas Peranti.
Nota: Penapis fokus tidak diselaraskan merentas peranti—ia terdapat hanya pada peranti yang anda sediakan penapis fokus.