Gunakan Senarai Pintar dalam Peringatan pada iPhone
Dalam app Peringatan , anda boleh menapis item anda merentas senarai dengan mudah menggunakan Folder Pintar. Anda boleh mencipta Senarai Pintar tersuai untuk menyertakan item yang ditapis mengikut tag, tarikh, masa, lokasi, bendera dan keutamaan secara automatik. Anda boleh memilih lebih daripada satu tag (seperti #berkebun dan #tugas) serta menggabungkannya dengan penapis lain.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.
Susun item secara automatik menggunakan Senarai Pintar lalai
Anda boleh melihat Senarai Pintar lalai berikut:
Hari Ini: Item yang dijadualkan untuk hari ini dan item lewat
Dijadualkan: Item yang dijadualkan mengikut tarikh atau masa
Dibendera: Item dengan bendera
Selesai: Item dengan tanda semak
Ditetapkan kepada Saya: Item yang ditetapkan kepada anda dalam senarai dikongsi
Cadangan Siri: Item cadangan yang dikesan dalam Mail dan Mesej
Semua: Semua item merentas semua senarai anda
Untuk menunjukkan, menyembunyikan atau menyusun semula Senarai Pintar lalai, ketik , kemudian ketik Edit Senarai.
Buat Senarai Pintar tersuai
Ketik Tambah Senarai, masukkan nama, pilih warna dan ikon, kemudian ketik Jadikan Senarai Pintar.
Pilih satu atau lebih penapis, kemudian pilih untuk menyertakan item yang sepadan dengan sebarang atau semua penapis yang dipilih. Anda boleh menapis mengikut tag, tarikh, lokasi dan banyak lagi.
Tukar senarai kepada Senarai Pintar
Apabila anda menukar senarai, itemnya dialihkan ke paras tertinggi senarai lalai dan ditag dengan nama Senarai Pintar.
Nota: Anda tidak boleh menukar senarai dikongsi.
Lihat senarai yang anda mahu tukar.
Ketik
, ketik Tunjukkan Info skrol ke bawah, kemudian ketik Tukar kepada Senarai Pintar.
Tambah item ke Senarai Pintar
Pilih senarai, ketik Peringatan Baharu, kemudian masukkan teks.
Item mewarisi atribut Senarai Pintar dan disimpan ke senarai lalai anda.