Cipta Skrin Kunci tersuai iPhone
Anda boleh memperibadikan Skrin Kunci anda dengan memilih hias latar, menukar fon jam, melapiskan subjek foto di hadapan masa dan banyak lagi. Anda juga boleh menambah widget dengan maklumat daripada app kegemaran anda ke Skrin Kunci anda, seperti tajuk berita hari ini, cuaca dan peristiwa kalendar.
Anda boleh mencipta lebih daripada satu Skrin Kunci dan bertukar antara Skrin Kunci. Disebabkan setiap Skrin Kunci boleh dikaitkan dengan Fokus, anda boleh menukar Fokus anda hanya dengan bertukar ke Skrin Kunci berbeza.
Petua: Lebih mudah untuk mencipta Skrin Kunci tersuai jika anda menyediakan Face ID terlebih dahulu (pada model dengan Face ID) atau Touch ID (pada model dengan Touch ID). Lihat Sediakan Face ID atau Touch ID.
Cipta Skrin Kunci baharu.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Jika butang Sesuaikan tidak kelihatan, sentuh dan tahan Skrin Kunci lagi, kemudian masukkan kod laluan anda.
Ketik
di bahagian bawah skrin.
Galeri hias latar Skrin Kunci kelihatan.
Ketik salah satu pilihan hias latar untuk memilihnya sebagai Skrin Kunci anda.
Untuk sesetengah pilihan hias latar, anda boleh meleret ke kiri atau kanan untuk mencuba penapis warna, corak dan fon berbeza yang sesuai antara satu sama lain.
Anda juga boleh menukar fon dan warna jam dengan mengetik masa. (Lihat Tukar gaya jam pada Skrin Kunci.)
Untuk sesetengah hias latar, anda boleh menukar warna latar belakang dan memilih pilihan lain dengan mengetik
di sebelah kanan bawah.
Ketik Tambah, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih sama ada untuk menggunakan hias latar pada Skrin Kunci dan Skrin Utama: Ketik Setkan sebagai Pasangan Hias Latar.
Buat lebih perubahan pada Skrin Utama: Ketik Sesuaikan Skrin Utama. Ketik warna untuk menukar warna hias latar, ketik
untuk menggunakan foto tersuai atau pilih Kabur untuk mengaburkan hias latar supaya app kelihatan menonjol.
Tukar gaya jam pada Skrin Kunci
Anda boleh menukar fon dan warna jam serta masa pada Skrin Kunci anda.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Leret untuk pergi ke Skrin Kunci yang anda mahu tukar, ketik Sesuaikan, kemudian ketik imej Skrin Kunci.
Ketik masa, kemudian pilih fon dan warna.
Untuk reset tarikh dan masa, lihat Tukar tarikh dan masa pada iPhone.
Sesuaikan foto Skrin Kunci anda
Jika anda memilih foto untuk Skrin Kunci anda, anda boleh menempatkan semula foto, menukar gaya foto dan banyak lagi.
Tempatkan semula foto anda: Untuk menempatkan semula imej dipilih anda, cubit buka untuk zum masuk, seret imej dengan dua jari anda untuk menggerakkannya, kemudian cubit tutup untuk mengezum keluar.
Tukar gaya foto: Leret ke kiri atau kanan untuk mencuba gaya foto berbeza dengan penapis warna dan fon pelengkap.
Cipta kesan berbilang lapisan: Jika anda mempunyai foto yang menyokong lapisan—seperti imej dengan orang, haiwan peliharaan atau langit—ketik
di bahagian kanan bawah, kemudian pilih Kesan Kedalaman.
Nota: Kesan berbilang lapisan tersedia pada model disokong. Lapisan mungkin tidak tersedia jika subjek terlalu tinggi, terlalu rendah atau menghalang hampir seluruh jam.
Setkan kekerapan rombak: Jika anda memilih Rombakan Foto, anda boleh mempratonton foto dengan mengetik
dan mengesetkan kekerapan rombak dengan mengetik
, kemudian memilih pilihan di bawah Kekerapan Rombakan.
Petua: Selain itu, anda boleh menambah foto terus daripada pustaka foto anda ke Skrin Utama dan Skrin Kunci anda. Dalam app Foto , ketik Pustaka, pilih foto, kemudian ketik
. Skrol ke bawah dan pilih Gunakan sebagai Hias Latar, ketik Selesai, kemudian pilih sama ada untuk menunjukkannya pada kedua-dua Skrin Utama dan Skrin Kunci anda.
Tambah widget ke Skrin Kunci anda
Anda boleh menambah widget ke Skrin Kunci anda untuk mendapatkan maklumat sekilas pandang.

Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Sesuaikan.
Ketik kotak di bawah masa untuk menambah widget ke Skrin Kunci anda.
Ketik atau seret widget yang anda mahu tambah.
Jika tidak cukup ruang untuk widget baharu, anda boleh mengetik
untuk mengeluarkan widget dan mengosongkan ruang bagi widget yang baharu.
Nota: Anda juga boleh menambah widget dalam kotak tarikh dengan mengetik tarikh di atas masa.
Petua: Pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, anda boleh mengesetkan Skrin Kunci anda untuk kekal aktif supaya anda boleh melihatnya sekilas pandang pada bila-bila masa untuk menyemak tarikh, masa dan maklumat dalam widget anda. Lihat Pastikan Skrin Kunci anda kelihatan dengan Paparan Sentiasa Aktif.
Lihat Tambah widget pada iPhone.
Pautkan Fokus ke Skrin Kunci anda
Fokus membantu anda menumpukan perhatian pada tugas dengan meminimumkan gangguan. Anda boleh menyediakan Fokus untuk menyenyapkan semua pemberitahuan buat sementara atau membenarkan pemberitahuan tertentu sahaja (contohnya pemberitahuan yang berkaitan dengan tugas anda). Dengan memautkan Fokus ke Skrin Kunci, seting Fokus anda digunakan apabila anda menggunakan Skrin Kunci tersebut.
Sentuh dan tahan Skrin Kunci sehingga butang Sesuaikan kelihatan di bahagian bawah skrin.
Ketik Fokus berdekatan bahagian bawah hias latar untuk melihat pilihan Fokus—contohnya, Jangan Ganggu, Peribadi, Tidur dan Kerja.
Pilih Fokus, kemudian ketik
.
Lihat Sediakan Fokus.