Langgan iCloud+ pada iPhone
iCloud+ memberikan anda segalanya yang ditawarkan oleh iCloud dengan tambahan ciri premium termasuk Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan E-mel Saya, sokongan Video Selamat HomeKit dan semua storan yang anda perlukan untuk foto, fail anda dan banyak lagi.
Anda boleh melanggan iCloud+ atau Apple One, yang menyertakan iCloud+ dan perkhidmatan Apple lain. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Sesetengah ciri iCloud+ mempunyai keperluan sistem minimum. Ketersediaan iCloud+ dan cirinya berbeza mengikut negara atau rantau.
Perkara yang disertakan dengan iCloud+
Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh melakukan yang berikut pada iPhone:
Dapatkan 50 GB, 200 GB, atau 2 TB storan.
Cipta alamat e-mel unik dan rawak yang memajukan kepada peti masuk peribadi anda dengan Sembunyikan E-mel Saya. Lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya dalam Mail pada iPhone dan Gunakan Sembunyikan E-mel Saya dalam Safari pada iPhone.
Layari web dengan cara yang lebih selamat dan peribadi dengan Geganti Peribadi iCloud. Lihat Lindungi pelayaran web anda dengan Geganti Peribadi iCloud pada iPhone.
Sediakan kamera keselamatan rumah dengan Video Selamat HomeKit supaya anda boleh melihat rakaman dari mana-mana sahaja sambil memastikannya peribadi dan selamat. Lihat Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah pada iPhone.
Gunakan domain e-mel tersuai untuk memperibadikan Mail iCloud. Lihat Sediakan domain e-mel tersuai dengan Mail iCloud pada iPhone.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri iCloud+ dan cara ciri berfungsi merentas semua peranti anda, lihat Panduan Pengguna iCloud.
Naik taraf, tukar atau batalkan langganan iCloud+ anda
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Urus Storan Akaun, ketik Tukar Pelan Storan, pilih pilihan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Jika anda membatalkan langganan iCloud+, anda akan kehilangan akses ke storan tambahan iCloud dan ciri iCloud+.
Kongsi iCloud+
Anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi iCloud+ dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Apabila ahli keluarga anda menerima jemputan anda untuk berkongsi iCloud+, mereka mempunyai akses segera kepada storan dan ciri tambahan.
Nota: Untuk berhenti berkongsi iCloud+ dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau meninggalkan atau menyahaktifkan Perkongsian Keluarga. Lihat Tambah ahli ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggabungkan langganan Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.