Gunakan Kalkulator pada iPhone
Dalam app Kalkulator , anda boleh melakukan pengiraan arimetik asas dengan kalkulator standard. Atau gunakan kalkulator saintifik untuk fungsi eksponen, logaritma dan trigonometri.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Berapakah 74 darab 9?” atau “Berapakah 18 peratus daripada 225?” Ketahui cara menggunakan Siri.

Gunakan kalkulator saintifik
Putar iPhone ke orientasi landskap.

Salin, padam, atau kosongkan nombor
Salin hasil pengiraan: Sentuh dan tahan hasil pengiraan dalam paparan, ketik Salin, kemudian tampal hasil di tempat lain, seperti nota atau mesej.
Padamkan digit terakhir: Jika anda melakukan kesilapan semasa memasukkan nombor, leret ke kiri atau kanan pada paparan di bahagian atas.
Kosongkan paparan: Ketik kekunci Clear (C) untuk memadamkan entri terakhir, atau ketik kekunci All Clear (AC) untuk memadamkan semua entri.
Lihat juga