Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cari dan padam foto serta video duplikasi pada iPhone
App Foto mengenal pasti foto dan album duplikasi dalam pustaka foto anda dalam album Duplikasi. Anda boleh menggabungkan foto dan video duplikasi untuk menjimatkan ruang dan membersihkan pustaka anda.
Ketik Album, kemudian ketik Duplikasi di bawah Utiliti.
Foto dan video duplikasi kelihatan di sebelah satu sama lain.
Ketik Gabung untuk menggabungkan duplikasi, kemudian ketik Gabung [bilangan] Item.
Menggabung akan mencantumkan versi kualiti tertinggi dan semua data yang relevan merentas duplikasi serta mengekalkan versi tersebut dalam pustaka anda. Duplikasi yang tinggal dialihkan ke album Terbaru Dipadam.
Jika anda tidak mempunyai foto atau video duplikasi dalam pustaka anda, album Duplikasi tidak kelihatan.