Gunakan Savings untuk mengumpul ganjaran Daily Cash dalam Wallet pada iPhone (A.S. sahaja)
Jika anda mempunyai Apple Card dalam app Wallet , anda boleh memilih untuk mendepositkan Daily Cash anda secara automatik ke dalam Savings, akaun simpanan yang disediakan oleh Goldman Sachs Bank USA, Ahli FDIC.1 Anda juga boleh mendepositkan dana tambahan ke dalam Savings menerusi akaun bank luaran yang dipautkan atau daripada Apple Cash anda.2 Anda boleh memindahkan wang daripada Savings ke akaun bank luaran yang dipautkan atau ke Apple Cash.
Nota: Savings tersedia pada iOS 16.4 atau lebih baharu. Apple Card, Savings dan Apple Cash hanya tersedia di A. S. Jika anda mempunyai Apple Card Family, hanya pemilik akaun dan pemilik bersama boleh menyediakan Savings; setiap pemegang akaun hanya boleh melihat baki dan butiran akaun mereka dalam Wallet.
Sediakan Savings
Pada iPhone anda, buka app Wallet, kemudian ketik Apple Card.
Ketik
, kemudian ketik Daily Cash.
Ketik Sediakan di sebelah Savings, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat dan urus Savings anda
Dengan papan pemuka Savings, anda boleh melihat baki semasa, kadar faedah, baki akaun mengikut masa dan banyak lagi.
Pada iPhone anda, buka app Wallet, kemudian ketik Apple Card.
Ketik Akaun Simpanan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat baki semasa: Lihat baki semasa di bahagian kiri atas.
Lihat baki pada tarikh sebelumnya: Sentuh dan tahan graf, kemudian seret jari anda. Untuk menukar julat tarikh, ketik W (minggu), M (bulan), 6M (enam bulan), Y (tahun), atau Semua.
Pindahkan dana: Ketik Tambah Wang atau Pengeluaran, masukkan jumlah, ketik Seterusnya, semak maklumat, kemudian sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda.
Tapis transaksi anda: Ketik
, kemudian ketik Daily Cash, Deposit, Faedah Dibayar, atau Pengeluaran.
Lihat nombor akaun, nombor penghalaan anda dan banyak lagi: Ketik
, kemudian ketik Butiran Akaun.
Lihat penyata bulanan dan dokumen cukai: Ketik
, kemudian ketik Dokumen.