Maklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar dalam Cari pada iPhone
Gunakan app Cari untuk memaklumkan rakan tentang perubahan lokasi anda.
Anda juga mendapat isyarat apabila lokasi rakan anda berubah. Lihat Dapatkan makluman apabila lokasi rakan bertukar dalam Cari pada iPhone.
Maklumkan rakan apabila lokasi anda berubah
Ketik Orang di bahagian bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu maklumkan.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Tambah, kemudian ketik Maklumkan [nama rakan anda].
Pilih sama ada anda mahu memaklumkan rakan anda apabila anda tiba atau meninggalkan sesuatu lokasi.
Pilih lokasi, atau ketik Lokasi Baharu untuk mencipta lokasi baharu dan mengesetkan jejari lokasi.
Dengan jejari yang lebih besar, rakan anda akan dimaklumkan apabila anda dekat dengan lokasi dan bukannya betul-betul di lokasi.
Pilih sama ada anda mahu rakan anda dimaklumkan hanya sekali atau setiap kali.
Ketik Tambah.
Anda boleh berhenti memaklumkan rakan apabila lokasi anda bertukar pada bila-bila masa. Lihat Tukar atau nyahaktifkan pemberitahuan yang anda setkan.
Lihat semua pemberitahuan tentang anda
Ketik Saya di bahagian bawah skrin.
Di bawah Pemberitahuan Tentang Anda, anda melihat senarai orang yang dimaklumkan apabila lokasi anda berubah.
Jika anda tidak melihat bahagian Pemberitahuan Tentang Anda, anda tidak memaklumkan mana-mana rakan apabila lokasi anda berubah.
Pilih nama untuk melihat lebih butiran.
Nyahaktifkan pemberitahuan tentang anda
Anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan lokasi tentang anda. Ini termasuk pemberitahuan yang anda setkan dan pemberitahuan yang rakan anda cipta.
Ketik Saya di bahagian bawah skrin.
Di bawah Pemberitahuan Tentang Anda, anda melihat senarai orang yang dimaklumkan apabila lokasi anda berubah.
Jika anda tidak melihat bahagian Pemberitahuan Tentang Anda, anda tidak memaklumkan mana-mana rakan apabila lokasi anda berubah.
Pilih nama, kemudian ketik pemberitahuan.
Ketik Padam Pemberitahuan, kemudian ketik Padam Pemberitahuan lagi.