Sediakan mel suara anda pada iPhone
Dalam app Telefon , Mel Suara Visual (tersedia daripada pembawa terpilih) menunjukkan senarai mesej anda. Anda boleh memilih yang mana satu untuk dimainkan dan dipadam tanpa mendengar kesemuanya. Lencana pada ikon Mel Suara menandakan bilangan mesej yang belum didengar.
Transkripsi mel suara (beta; tersedia hanya di sesetengah negara atau rantau) menunjukkan mesej anda ditranskripkan menjadi teks. Transkripsi terhad kepada mel suara dalam bahasa Inggeris yang diterima pada iPhone anda dengan iOS 10 atau lebih baharu. Transkripsi bergantung kepada kualiti rakaman.
Nota: Mel Suara, Mel Suara Visual dan transkripsi Mel Suara tersedia daripada pembawa terpilih di negara atau rantau terpilih.
Sediakan mel suara
Kali pertama anda mengetik Mel Suara, anda digesa untuk mencipta kata laluan mel suara dan merakamkan ucapan mel suara anda.
Ketik Mel Suara, kemudian ketik Sediakan Sekarang.
Cipta kata laluan mel suara.
Pilih ucapan—Lalai atau Tersuai; jika anda memilih Tersuai, anda boleh merakam ucapan yang baharu.