Tambah dan gunakan maklumat kenalan pada iPhone
Dalam app Kenalan , anda boleh melihat dan mengedit senarai kenalan anda daripada akaun peribadi, perniagaan dan lain-lain. Anda juga boleh mencipta kenalan dan menyediakan kad kenalan dengan maklumat anda sendiri.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
"Apakah alamat kerja adik saya?"
“Liyana Rahim ialah adik perempuan saya”
"Hantar mesej kepada adik perempuan saya"
Cipta kenalan
Ketik .
Siri juga mencadangkan kenalan baharu berdasarkan penggunaan app lain anda, seperti e-mel yang anda terima dalam Mail dan jemputan yang anda terima dalam Kalendar. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting > Kenalan > Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Cadangan Siri untuk Kenalan.)
Berdasarkan cara anda menggunakan Kenalan, Siri juga menyediakan cadangan maklumat kenalan dalam app lain. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting > Kenalan > Siri & Carian, kemudian nyahaktifkan Belajar daripada App ini.) Lihat Cadangan Siri pada iPhone.
Cari kenalan
Ketik medan carian di bahagian atas senarai kenalan, kemudian masukkan nama, alamat, nombor telefon, atau maklumat kenalan lain.
Anda juga boleh mencari kenalan anda menggunakan Cari (lihat Cari daripada Skrin Utama atau Skrin Kunci iPhone).
Kongsi kenalan
Ketik kenalan, ketik Kongsi Kenalan, kemudian pilih kaedah untuk menghantar maklumat kenalan.
Berkongsi kenalan akan menghantar semua info daripada kad kenalan tersebut.
Capai kenalan dengan cepat
Untuk memulakan mesej, buat panggilan telefon atau FaceTime, karang e-mel, atau hantar wang dengan Apple Pay, ketik butang di bawah nama kenalan.

Untuk menukar nombor telefon atau alamat e-mel lalai untuk kaedah kenalan, sentuh dan tahan butang untuk kaedah tersebut di bawah nama kenalan, kemudian ketik pilihan dalam senarai.
Padam kenalan
Pergi ke kad kenalan, kemudian ketik Edit.
Skrol ke bawah, kemudian ketik Padam Kenalan.