Pilih seting iPhone untuk mengembara
Apabila anda melancong dengan iPhone, pilih seting yang mematuhi keperluan syarikat penerbangan. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda mengekalkan iPhone aktif jika anda bertukar kepada mod pesawat. Secara lalai, Wi-Fi dan Bluetooth dinyahdayakan dalam mod pesawat—anda tidak boleh membuat panggilan, tetapi anda boleh mendengar muzik, bermain permainan, menonton video dan menggunakan app lain yang tidak memerlukan sambungan rangkaian atau telefon.
Untuk memilih seting yang meminimumkan caj selular semasa anda melancong, lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.
Aktifkan mod pesawat
Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik .

Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan mod pesawat dalam Seting . Apabila mod pesawat aktif,
kelihatan dalam bar status.
Aktifkan Wi-Fi atau Bluetooth semasa dalam mod pesawat
Jika syarikat penerbangan anda membenarkannya, anda boleh menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth walaupun semasa dalam mod pesawat.
Buka Pusat Kawalan, kemudian aktifkan mod pesawat.
Ketik
untuk mengaktifkan Wi-Fi atau
untuk mengaktifkan Bluetooth.
Jika anda mengaktifkan Wi-Fi atau Bluetooth semasa dalam mod pesawat, ia mungkin aktif pada kali seterusnya anda kembali ke mod pesawat. Anda boleh menyahaktifkannya lagi dalam Pusat Kawalan.