Layari latihan dan meditasi Apple Fitness+ pada iPhone
Apple Fitness+ dalam app Kecergasan boleh membantu anda mencari latihan, meditasi atau rutin yang berhasil untuk anda. Anda boleh melayari latihan atau meditasi individu, memulakan program dengan berbilang episod, mengisih dan menapis latihan untuk jenis yang khusus, atau memilih latihan disyorkan berdasarkan aktiviti anda. Latihan Sejuk Badan Sedar Minda bermula pada lima minit dan semua jenis latihan yang lain bermula pada sepuluh minit, dengan latihan baharu ditambah setiap minggu. Meditasi boleh menjadi lima, sepuluh atau dua pulih minit.
Layari latihan dan dapatkan pengesyoran
Apple Fitness+ mengesyorkan latihan berdasarkan perkara yang anda biasa lakukan dalam app Kecergasan serta app kegemaran anda yang berfungsi dengan app Kesihatan. Anda juga boleh mendapatkan cadangan untuk pelatih dan latihan baharu untuk membantu anda menyempurnakan rutin anda.

Buka app Kecergasan pada iPhone, kemudian ketik Fitness+.
Terokai latihan dan pelatih:
Layari mengikut jenis latihan: Leret ke kiri atau kanan untuk melayari jenis latihan di bahagian atas skrin.
Masa untuk berjalan: Pilih latihan audio untuk dimainkan.
Layari latihan ditampilkan: Skrol ke bawah kategori seperti Latihan Baharu, Meditasi Baharu, Popular, atau Ringkas dan Cepat.
Layari mengikut pelatih: Skrol ke Pelatih Fitness+, kemudian ketik Tunjukkan Semua.
Lagi perkara yang anda lakukan: Layari latihan dengan pelatih yang anda kerap berlatih dan jenis latihan yang anda biasa lakukan dalam app kecergasan lain yang berfungsi dengan app Kesihatan.
Cuba sesuatu yang baharu: Terokai latihan yang serupa dengan latihan yang anda telah lakukan, tetapi dengan pelatih dan jenis latihan dicadangkan yang berbeza untuk mengimbangkan rutin anda.
Pustaka Saya: Latihan ditambahkan ke Pustaka Saya daripada skrin butiran latihan atau ringkasan latihan. Anda boleh menggunakan Pustaka Saya untuk menyimpan senarai latihan kegemaran anda, membina rutin latihan, atau menyimpan latihan untuk dimainkan di luar talian.
Layari dan mulakan meditasi
Buka app Kecergasan pada iPhone, kemudian ketik Fitness+.
Ketik Meditasi, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ketik sesi meditasi, kemudian ketik Cubanya untuk memulakan sesi.
Ketik Penapis: Pilih pelatih, masa atau tema khusus, ketik Selesai, ketik sesi, kemudian ketik butang yang memulakan sesi.
Jika anda mahu menonton pratonton sesi sebelum anda bermula, ketik Pratonton.
Cuba program latihan atau meditasi dengan berbilang episod
Buka app Kecergasan pada iPhone, kemudian ketik Fitness+.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Program latihan: Skrol ke Program Latihan, kemudian ketik Tunjukkan Semua.
Program meditasi: Skrol ke Program Meditasi, kemudian ketik Tunjukkan Semua.
Pilih program.
Setiap program menunjukkan jenis latihan dan bilangan episod.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pratonton program: Ketik Tonton Filem untuk menonton video tentang matlamat program dan jenis latihan yang disertakan. Anda juga boleh membaca tentang program untuk mengetahui lebih lanjut.
Tambah episod ke Pustaka Saya: Ketik
di sebelah episod yang anda mahu tambah, atau ketik
untuk menambah semua episod ke Pustaka Saya.
Mulakan episod daripada program: Ketik episod dalam senarai, kemudian ketik butang yang memulakan latihan atau meditasi.
Untuk membantu anda memastikan tempat anda selepas melengkapkan episod, episod seterusnya dipaparkan secara automatik di bawah Latihan Seterusnya, tetapi anda boleh memilih sebarang episod pada bila-bila masa.
Isih dan tapis latihan
Untuk memudahkan mencari latihan yang anda sedang cari, anda boleh mengisih dan menapis jenis khusus latihan (seperti Mendayung atau Menari) mengikut pelatih, panjang latihan, genre muzik dan banyak lagi.

Buka app Kecergasan pada iPhone, kemudian ketik Fitness+.
Pilih jenis latihan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Isih latihan: Ketik Isih, kemudian ketik pilihan seperti Pelatih atau Masa.
Tapis latihan: Ketik Penapis, kemudian ketik penapis yang anda mahu gunakan.
Jika anda tidak boleh memilih penapis, tiada latihan yang boleh digunakan pada penapis tersebut.
Semasa anda melayari, latihan yang anda telah ambil sebelum ini mempunyai tanda semak pada imej kecil.