Gunakan Siri pada Apple Watch
Perintah Siri berguna
Siri boleh melaksanakan tugas dan memberikan jawapan secara terus pada Apple Watch anda. Dengan watchOS 6, anda boleh meminta Siri mengecam lagu dan mendapatkan hasil Shazam serta-merta. Anda juga boleh bertanya Siri soalan umum dan Apple Watch akan memaparkan beberapa hasil carian pertama bersama petikan pendek daripada setiap halaman. Hanya ketik Buka Halaman untuk melihat halaman pada Apple Watch. Cuba minta Siri lakukan perkara yang biasanya memerlukan anda mengambil beberapa langkah.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:
“Mulakan larian luar 30 minit.”
“Beritahu Katrina yang saya hampir siap”
“Buka app Kadar Jantung”
“Lagu apa ini?”
“Bagaimana pelangi terjadi?”
“Apa yang boleh saya tanya anda?”
Berinteraksi dengan Siri
Untuk membuat permintaan kepada Siri, lakukan mana-mana yang berikut:
Angkat tangan anda dan sebut kepada Apple Watch anda.
Untuk menyahaktifkan ciri Angkat untuk Cakap, buka Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan Angkat untuk Cakap.
Katakan “Hai Siri” diikuti permintaan anda.
Untuk menyahaktifkan “Hai Siri”, buka Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan “Hai Siri”.
Ketik butang Siri pada muka jam Siri.
Tekan dan tahan Digital Crown sehingga anda melihat penunjuk pendengaran di bahagian bawah skrin, kemudian cakapkan permintaan anda dan lepaskan Digital Crown.
Untuk menyahaktifkan ciri Tekan Digital Crown, buka Seting pada Apple Watch anda, ketik Siri, kemudian nyahaktifkan Tekan Digital Crown.
Petua: Selepas anda tanyakan Siri sesuatu, anda boleh rendahkan pergelangan tangan anda. Anda akan merasa ketikan apabila Siri mempunyai maklum balas.
Untuk menjawab soalan daripada Siri atau untuk menyambung perbualan, tekan bawah Digital Crown dan cakap.
Pada Apple Watch Series 3 dan lebih baru, Siri boleh menuturkan balasan kepada anda, seperti yang Siri dilakukan pada iOS, iPadOS dan macOS. Anda juga boleh mendengar Siri menerusi headset atau speaker Bluetooth yang disambungkan ke Apple Watch.
Nota: Untuk menggunakan Siri, Apple Watch mesti disambungkan ke Internet. Caj selular mungkin dikenakan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada Apple Watch anda.