Ambil gambar skrin atau rakaman skrin pada iPhone
Anda boleh mengambil gambar skrin, seperti sedia ada, atau rakaman tindakan pada skrin untuk dikongsi dengan orang lain atau digunakan dalam dokumen.
Ambil gambar skrin
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone dengan Face ID: Tekan dan lepas butang sisi dan butang naikkan kelantangan secara serentak.
Pada iPhone dengan butang Utama: Tekan dan kemudian lepas butang Utama dan butang sisi secara serentak.
Ketik gambar skrin di penjuru kiri bawah, kemudian ketik Selesai.
Pilih Simpan ke Foto, Simpan ke Fail, atau Padam Gambar Skrin.
Jika anda memilih Simpan ke Foto, anda boleh melihatnya dalam album Gambar Skrin dalam app Foto, atau dalam album Semua Foto jika Foto iCloud diaktifkan dalam Seting
> Foto.
Simpan gambar skrin halaman penuh sebagai PDF
Anda boleh mengambil gambar skrin halaman penuh diskrol untuk halaman web, dokumen atau e-mel yang melebihi panjang skrin iPhone anda, kemudian simpannya sebagai PDF.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone dengan Face ID: Tekan dan lepas butang sisi dan butang naikkan kelantangan secara serentak.
Pada iPhone dengan butang Utama: Tekan dan kemudian lepas butang Utama dan butang sisi secara serentak.
Ketik gambar skrin di penjuru kiri bawah, kemudian ketik Halaman Penuh.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Simpan gambar skrin: Ketik Selesai, pilih Simpan PDF ke Fail, pilih lokasi, kemudian ketik Simpan.
Kongsi gambar skrin: Ketik
, pilih pilihan perkongsian (contohnya AirDrop, Mesej atau Mail), masukkan sebarang maklumat lain yang diminta, kemudian hantar PDF.
Cipta rakaman skrin
Anda boleh mencipta rakaman skrin dan menangkap bunyi pada iPhone anda.
Pergi ke Seting
> Pusat Kawalan, kemudian ketik
bersebelahan Rakaman Skrin.
Buka Pusat Kawalan, ketik
, kemudian tunggu kira detik tiga saat.
Untuk berhenti merakam, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik
atau bar status merah di bahagian atas skrin, kemudian ketik Henti.
Pergi ke Foto , kemudian pilih rakaman skrin anda.