Panduan Pengguna iPhone
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk iPhone X dan lebih baru
- Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar bunyi dan getaran
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Perjalanan dengan iPhone
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPhone menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPhone
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Kawal audio pada berbilang peranti
- AirPrint
- Gunakan Apple EarPods
- Apple Watch
- Gunakan Magic Keyboard
- Pengecasan wayarles
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Gunakan iPhone sebagai hotspot Wi-Fi
- Kongsi sambungan Internet iPhone anda
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPhone menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum masuk pada skrin
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Dapatkan maklumat tentang iPhone anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPhone
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Hak Cipta
Kongsi sambungan Internet iPhone anda
Gunakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan Internet iPhone anda. Komputer juga boleh berkongsi sambungan Internet anda menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau kabel USB. Peranti iOS lain boleh berkongsi sambungan menggunakan Wi-Fi. Hotspot Peribadi berfungsi hanya jika iPhone disambungkan kepada Internet melalui rangkaian data selular.
Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan semua pembawa. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kongsi sambungan Internet
Pergi ke Seting , ketik Selular, kemudian ketik Hotspot Peribadi—jika ia muncul—untuk menyediakan perkhidmatan dengan pembawa anda.
Selepas anda mengaktifkan Hotspot Peribadi, peranti lain boleh bersambung dalam cara berikut:
Wi-Fi: Pada peranti, pilih iPhone anda daripada senarai rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Bluetooth: Pada iPhone, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian aktifkan Bluetooth.
Untuk memasangkan dan menyambungkan iPhone ke peranti Bluetooth anda, rujuk pada dokumentasi yang datang dengan peranti anda.
USB: Sambungkan iPhone ke komputer anda menggunakan kabel yang datang bersamanya. Dalam keutamaan Rangkaian komputer anda, pilih iPhone, kemudian konfigurasi seting rangkaian.
Nota: Apabila peranti disambungkan, jalur biru muncul pada bahagian atas skrin iPhone. Ikon Hotspot Peribadi muncul dalam bar status peranti iOS yang menggunakan Hotspot Peribadi.
Pada model dengan Dwi SIM, Hotspot Peribadi menggunakan talian yang dipilih untuk data selular.
Tukar kata laluan Wi-Fi untuk iPhone
Pergi ke Seting , kemudian ketik Hotpot Peribadi > Kata Laluan Wi-Fi.
Masukkan kata laluan sekurang-kurangnya lapan aksara.
Tukar nama Hotspot Peribadi anda
Anda boleh mengubah nama Hotspot Peribadi anda dengan menukar nama iPhone anda.
Pergi ke Seting , kemudian ketik Umum > Perihal > Nama.
Pantau penggunaan data selular rangkaian anda
Pergi ke Seting , kemudian ketik Selular. Lihat Lihat atau tukar seting selular pada iPhone.