Apakah menu Status Bateri pada Mac?
Jika anda menggunakan komputer riba Mac, anda boleh melihat status bateri anda dengan cepat dan mengetahui jika app menggunakan jumlah tenaga yang banyak.
Jika anda tidak melihat ikon bateri dalam bar menu, anda perlu menambahnya. Lihat Pantau bateri komputer riba Mac anda.
Untuk melihat menu Status Bateri, klik ikon bateri dalam bar menu. Anda boleh menyemak yang berikut:
Peratusan caj bateri.
Sumber kuasa semasa.
Sama ada Mod Kuasa Rendah atau Kuasa Tinggi didayakan (jika komputer riba Mac anda menyokongnya dan jika anda mendayakannya dalam seting Bateri).
Sama ada bateri dicas sepenuhnya atau jumlah masa sehingga bateri penuh (jika Mac anda disambungkan ke bekalan kuasa). Maklumat mungkin mengambil masa beberapa minit untuk kelihatan.
App yang menggunakan banyak tenaga, jika ada. Jika app menggunakan banyak bateri, tetapi anda tidak menggunakannya, pertimbangkan menutup app tersebut, terutamanya jika sumber kuasa semasa anda adalah bateri pada Mac anda.
Pada sesetengah komputer riba Mac, ikon Kecerahan Paparan ditunjukkan apabila kecerahan paparan disetkan pada paras yang menggunakan jumlah tenaga yang ketara. Untuk mengoptimumkan penggunaan bateri dengan cepat, klik ikon—kecerahan paparan dikurangkan sehingga ke lebih kurang 75 peratus.