Sekat ciri atau kandungan dengan Masa Skrin pada Mac
Anda boleh membenarkan atau menyekat kandungan yang dilabelkan sensitif atau eksplisit dalam app Muzik, app Apple TV, app Buku dan banyak lagi. Anda juga boleh membenarkan atau menyekat app dan ciri terbina dalam seperti Penjejakan, Kamera dan banyak lagi.
Sebelum anda boleh menyediakan pengehadan kandungan dan privasi, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda sendiri.
Nota: Untuk menggunakan semua ciri Masa Skrin terkini, anda memerlukan iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 atau visionOS 27 atau lebih baharu pada semua peranti Apple anda. Jika anda menyediakan ciri ini dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, semua peranti dalam keluarga anda mesti dinaik taraf kepada iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 atau visionOS 27 atau lebih baharu. Ketahui cara mengemas kini peranti Apple anda.
Jika anda mahu menyediakan Masa Skrin atau ciri kawalan ibu bapa untuk anak anda, lihat Peranti Apple untuk Kanak-kanak dan Keluarga. | |||||||||||
Sekat atau benarkan kandungan sensitif dalam app Muzik, app Apple TV, app Buku dan banyak lagi
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kandungan & Privasi, kemudian benarkan atau sekat mana-mana seting yang ditunjukkan di bawah Sekatan Kandungan, seperti Buku, Filem, Rancangan TV dan Muzik.
Sekat atau benarkan akses ke app atau ciri terbina dalam
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kandungan & Privasi, klik Ciri Lain, kemudian benarkan atau sekat mana-mana seting yang ditunjukkan, seperti AirDrop, Kamera dan banyak lagi.
Sekat atau benarkan Siri dan ciri Apple Intelligence
Nota: Seting yang kelihatan di sini mungkin berbeza bergantung pada versi Siri anda. Siri AI tersedia dalam beta pada macOS 27 atau lebih baharu pada ] MacBook Neo (A18 Pro) atau model Mac yang didayakan Apple Intelligence dengan M1 atau lebih baharu dengan Siri dan bahasa peranti disetkan kepada bahasa yang disokong. Tersedia dalam bahasa Inggeris untuk bermula. Had penggunaan mungkin dikenakan. Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kandungan & Privasi, klik Siri, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Sekat Siri: Klik Jangan Benarkan Siri.
Benarkan penggunaan Siri tanpa keupayaan AI: Klik Siri (Versi Klasik).
Benarkan penggunaan Siri dengan keupayaan AI: Klik Siri AI (Beta).
Benarkan atau sekat keupayaan khusus: Pilih Benarkan atau Sekat di bawah mana-mana keupayaan Siri AI, seperti Penciptaan Imej, Topik Sensitif atau Bahasa Eksplisit.