
Daftar masuk atau keluar daripada Apple ID anda pada Mac
Anda boleh mendaftar masuk dengan Apple ID dalam Seting Sistem pada Mac. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh menggunakan seting Apple ID untuk menukar maklumat peribadi anda, seting daftar masuk dan keselamatan, maklumat bayaran dan penghantaran, serta banyak lagi.
Jika anda tidak mempunyai akaun Apple ID dan mahu mencipta akaun, lihat Cipta Apple ID.
Penting: Jika anda terlupa atau perlu mereset Apple ID atau kata laluan anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa alamat e-mel atau nombor telefon Apple ID anda atau Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Daftar masuk dengan Apple ID anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda” di bahagian atas bar sisi.Jika anda melihat nama anda, anda telah mendaftar masuk.
Masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian klik Teruskan.
Masukkan kata laluan anda, klik Teruskan, kemudian ikut arahan atas skrin.
Daftar keluar daripada Apple ID anda
Daftar keluar daripada akaun Apple ID anda untuk menghalang orang lain daripada mengakses maklumat akaun anda dan perkhidmatan Apple pada Mac anda—apabila anda menjual atau memberikan komputer anda, contohnya. Lihat artikel Sokongan Apple Perkara untuk dilakukan sebelum anda menjual, memberi, menukar atau mengitar semula Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.Klik Daftar Keluar di sebelah kanan (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Ikuti arahan atas skrin untuk menyalin dan memuat turun data anda yang disimpan dalam iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mendaftar keluar daripada Apple ID anda, lihat Jika anda mendaftar keluar daripada seting Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.