
Mainkan bunyi latar belakang pada Mac
Anda boleh membuatkan Mac anda memainkan bunyi latar belakang ambien—seperti ombak laut atau hujan—untuk membantu anda fokus atau berehat. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Bunyi Latar Belakang untuk membantu dengan tidur, fokus dan banyak lagi.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaian
dalam bar sisi, kemudian klik Audio. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)Pergi ke Bunyi Latar Belakang, aktifkan “Bunyi latar belakang”, kemudian setkan mana-mana daripada berikut:
Pilih bunyi: Klik Pilih, kemudian klik nama bunyi yang anda mahu setkan sebagai bunyi latar belakang.
Klik
bersebelahan nama bunyi untuk memuat turun versi bunyi berkualiti tinggi ke Mac anda. Anda mesti disambungkan ke internet.Untuk mengeluarkan bunyi yang dimuat turun, klik
bersebelahan nama bunyi, kemudian klik Keluarkan. Sampel bunyi kekal tersedia untuk digunakan sebagai bunyi latar belakang.Laraskan kelantangan: Seret gelangsar untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan bunyi latar belakang.
Laraskan julat frekuensi: Klik Pilih di sebelah Penyama, kemudian aktifkan Penyama. Seret gelangsar di sekitar grid untuk melaraskan imbangan.
Laraskan nada: Klik menu timbul Nada, kemudian pilih Lebar atau Fokus. Lebar membolehkan anda mendengar julat bunyi yang lebih luas manakala Fokus membantu anda mendengar bunyi khusus.
Laraskan imbangan bunyi: Seret gelangsar di sebelah Imbangan ke kiri atau kanan.
Nota: Anda akan melihat seting untuk Nada dan Imbangan selepas anda mengaktifkan Penyama.
Setkan pemasa: Klik Pilih di sebelah Pemasa, kemudian aktifkan pemasa. Klik menu timbul “Setkan Pemasa” , kemudian pilih pilihan. Bergantung pada pilihan, anda boleh mengesetkan jumlah masa atau masa khusus dalam kotak teks di bawah.
Petua: Aktifkan “Sentiasa gunakan seting ini” jika anda merancang untuk menggunakan seting yang anda pilih dalam rutin harian anda—seperti semasa masa henti atau masa fokus.
Nyahaktifkan bunyi latar belakang semasa Mac anda tidak digunakan: Aktifkan supaya Bunyi Latar Belakang anda dinyahaktifkan secara automatik dengan mod skrin kunci atau penyelamat skrin.
Laraskan seting bunyi pada Mac anda: Laraskan seting bunyi lain pada Mac anda yang mungkin memberi kesan kepada Bunyi Latar Belakang. Lihat Tukar seting Bunyi.
Petua: Anda juga boleh memainkan bunyi latar belakang terus daripada desktop dengan menambah pilihan Pendengaran ke bar menu atau Pusat Kawalan. Pilih menu Apple 
dalam bar sisi, klik Tambah Kawalan, klik Pendengaran, kemudian pilih Tambah ke Pusat Kawalan atau Tambah ke Bar Menu di bawah Kebolehcapaian Pendengaran (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik
dalam bar menu atau dalam Pusat Kawalan untuk memulakan dan menghentikan bunyi latar belakang, menukar bunyi yang dimainkan dan melaraskan kelantangan.