Bermula dengan Masa Henti pada Mac anda
Dengan Masa Skrin, anda boleh mendapatkan maklumat tentang jumlah masa yang anda luangkan pada peranti anda—termasuk app dan tapak web yang anda gunakan serta tempoh masa penggunaan. Anda juga boleh menetapkan Jadual untuk penggunaan peranti, mengesetkan Elaun Masa untuk kategori app yang berbeza dan menyekat tapak web.
Nota: Untuk menggunakan semua ciri Masa Skrin terkini, anda memerlukan iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 atau visionOS 27 atau lebih baharu pada semua peranti Apple anda. Jika anda menyediakan ciri ini dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, semua peranti dalam keluarga anda mesti dinaik taraf kepada iOS 27, iPadOS 27, macOS 27, watchOS 27 atau visionOS 27 atau lebih baharu. Ketahui cara mengemas kini peranti Apple anda.
Jika anda mahu menyediakan Masa Skrin atau ciri kawalan ibu bapa untuk anak anda, lihat Peranti Apple untuk Kanak-kanak dan Keluarga. | |||||||||||
Aktifkan Masa Skrin
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Urus Masa Skrin, kemudian aktifkan Aktiviti App & Tapak Web.
Lihat laporan Masa Skrin anda
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Purata Harian, kemudian klik Minggu untuk menunjukkan ringkasan penggunaan mingguan atau Hari untuk menunjukkan ringkasan penggunaan harian.
Anda juga boleh menskrol ke bawah untuk melihat laporan app dan tapak web yang paling kerap digunakan serta pemberitahuan yang paling kerap anda terima. Anda boleh menapis laporan Paling Kerap Digunakan anda mengikut App & Tapak Web, Elaun Masa atau Kategori App.
Sekat kandungan, benarkan komunikasi dan setkan jadual untuk penggunaan peranti
Pergi ke app Seting Sistem
pada Mac anda.
Klik Masa Skrin
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sekat atau benarkan komunikasi dengan orang lain: Lihat Pilih orang yang boleh berkomunikasi dengan anda pada masa tertentu dengan Masa Skrin.
Sentiasa benarkan komunikasi dengan kenalan tertentu: Lihat Pilih app dan kenalan yang boleh digunakan pada bila-bila masa dalam Masa Skrin.
Setkan jadual untuk penggunaan peranti anda: Lihat Sediakan jadual Masa Skrin untuk penggunaan peranti.
Setkan elaun masa untuk penggunaan app: Lihat Setkan tempoh anda boleh menggunakan app dengan Elaun Masa.
Sekat kandungan dan ciri: Lihat Sekat ciri atau kandungan dengan Masa Skrin.
Anda juga boleh menyekat app dan tapak web serta mengaktifkan Keselamatan Komunikasi untuk mengesan kebogelan dan keganasan dalam imej dan video dikongsi pada peranti anda atau anak anda. Lihat Semak untuk imej dan video sensitif pada peranti anak anda dan Sekat atau benarkan akses ke app dan tapak web pada peranti anak anda.